26/04/2013

Trip Ke Terengganu - Cuti Sekolah Bulan March Part 1

Alhamdulillah, dapat juga masa nak update cerita cuti-cuti sekolah ke Terengganu pada bulan March lalu. Mood rasa tak berapa nak tulis. Tapi demi kenangan, terpaksa tulis jugak. Hehehe.

Trip ke Terengganu ni adalah percutian yang dinantikan oleh Mummy sendiri sebabnya belum pernah jejak kaki ke Terengganu. Kiranya pertama kali ke sana. Yang paling best lagi percutian ini di sponsor oleh abang sulong Mummy (Ayah Yob). Bukan sponsor Mummy sahaja sponsor 2 lagi famili yang lain. Bukannya apa nak seronok beramai-ramai bercuti bersama-sama. Yang lain semuanya ada plan lain. Ada yang balik bercuti ke rumah mertua ke Kuantan, ada yang kerja, ada pula yang dalam berpantang.

Pada Ahad 24 March, kami 3 famili dari Ipoh (famili Mummy, kakak dan abang) bertolak seawal yang boleh dalam pukul 7 pagi selepas kami solat subuh. Paling awal famili kakak yang bertolak perlahan-lahan dan kami berjanji nak berjumpa di Tapah untuk breakfast. Kami sarapan pagi dengan Dunkin Donut, makan donut, sandwiches and coffee. Sebelum bertolak perjalanan ke pitstop seterusnya ke Jejantas Sungai Buloh tunggu abang Mummy. Woah...2 kali Mummy berhenti. Nak berkumpul atau convoy ramai-ramai ke rumah abang di USJ. Elok sangat sampai-sampai je kami sedia untuk lunch. Kami terpaksa tolak awal, sebabnya convoy beramai-ramai dan juga takotkan traffic jam disebabkan cuti sekolah.

 First pitstop di Tapah. Qashrin tak mandi pun. Yerlah takkan pepagi buta nak mandi. Sampai-sampai KL baru mandi. 

Muka blurry abis dengan masih berbaju tidur. Bangun-bangun je tempat lain. Hehehe

 Breakfast di Dunkin Donut. Terpaksa tunggu 10 minit di luar sebab baru bukak. Kami first customer diorang. Hehehe

Semua muka mengantok lagi ni. Alhamdulillah sampai KL selamat juga. (Tudung sama lagi sebab yang lain kena ikat-ikat lilit-lilit)

Sesampai je KL, mandikan Qashrin dulu sembang-sembang plan ke Terengganu ke esokkan nya (25 March). Terus kami ke Kari Kepala Ikan Taman Wahyu untuk lunch makan beramai-ramai dekat sana sampaikan ambil bilik kecil untuk semua. Jom kita tengok gambar-gambar makanan je...


 Papedom dan sambal belacan

 Salad oyster simple tapi sedap.

 Ayam goreng rempah 

 Sotong goreng

Kari kepala ikan cukup masam manis pedas. Nyumms

 Geng ke Gannu semua dalam bilik ni.

Dan ini juga. Riuh bilik ni. Hahaha...

Hari tu lepas makan, semua rehatkan diri untuk tenaga yang diperlukan pada hari esoknya. Pada malam pula, kami makan beli bungkus sahaja. Ada nasi goreng ayam, nasi ayam, roti nan, capati, kuewtiow goreng, bihun dan mee goreng. Kerana keesokkannya kami bertolak dalam jam 7 pagi untuk sampai ke Kuantan dulu untuk pekena Tempoyak Ikan Patin dan terus menyusur ke Cukai, Kemamam, Kerteh, Paka, Dungun dan seterusnya hingga sampai ke Kuala Terengganu. Sangat mengujakan perjalanan melalui tepi pantai tengok permandangan yang cantik-cantik, dan paling best sekali dapat tengok penapisan petroleum di Kerteh. Dan juga ada tragedi yang tidak disangka berlaku. Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi bantuan. Nak tahu apa? Nanti Mummy kongsikan di entri yang lain. InsyaAllah.

Take care

Xoxo
Mummy Akmar