25/04/2013

Solat Bersama Opah Serba Pink Tema Princess

Assalam kepada semua pembaca blog Qashmere yang disayangi. Ewah, mukadimah kemain lagi yer. Rindunya nak ber-blogging macam dulu setiap hari tanpa tertinggal satu entri pon. Tak kisahlah pasal entri apa sekali pon. Tentang pengalaman sebagai ibu tunggal, parenting, isu-isu semasa, info tentang kesihatan dan kecantikan. Tak tercekau dah ni. Dengan kerja dan juga anak. Malahan, online shop Mummy pon terbiar begitu sahaja. Alhamdulillah walaupun tak di-update tetapi Jualan tetap ada kerana semuanya ditempatkan di Butik yang dikongsi bersama dengan rakan. Cuma yang ada dalam webshop tu ada beberapa helai untuk penghabisan stok atau jualan murah. Banyak baju-baju baru pun tak sempat nak di muat turun kan ke dalam webshop Mummy kerana kekangan masa. 


Terima kasih juga kepada yang rajin menghantar email bertanyakan kabar dan juga soalan-soalan panas dan sensasi tentang masalah pembaca blog yang sedang melalui proses mahkamah sama ada sedang atau sudah bercerai. Rata-rata, ramai yang ingin mengembalikan semangat dan inginkan kekuatan serta mahu lebih info. InsyaAllah setakat ini, semua email terbalas dan dijawab. Sorry tak dapat nak sembang panjang dekat email tu. Kalau ada masa Mummy akan berbalas-balas lagi email tu yer. Semoga apa yang dikongsikan mahupun di blog atau reply email tu dapat di jadikan tauladan, sempadan dan juga kekuataan bagi mereka-mereka yang mengalaminya. InsyaAllah.... Xxxxoooxoxo

Sahaja nak kongsikan beberapa gambar Qashrin solat bersama Opahnya buat setakat ini. Entri yang santai je buat kali ini.

Cute kan?? Sejadah Tema Princess. Hmm, berkepit dengan sejadah dan telekung ni jer lah sayang Mummy tu.

Solat mana yang dia tahu je. Takperlah penerapan dari peringkat awal. Yang penting nak buatkan dia rajin solat. InsyaAllah...

Dah abis solat tu kenalah berdoa. Doa pon dia baca doa dia sendiri. Hehehe.

Cutekan sejadah dan telekung tema princess ni? Size orang dewasa ada tak? Hahaha.....Nak jugak...Huhuhuhu...Okaylah semua. Setakat ini sahaja dulu. Macam-macam aktiviti yang dilakukan tapi tak sempat nak blog. Gambar semua masuk dulu dalam FB lah nampak gayanya. Sehingga kita berjumpa lagi...

Xoxo
Mummy Akmar