06/04/2013

Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia : PRU 13

Pilihan raya ke 13 akan muncul tidak lama lagi setelah pembubaran Parlimen beberapa hari yang lalu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pastinya ramai yang sudah mendaftar sebagai pengundi. Bagi yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan melalui laman web, sms dan juga talian telefon.

Semakan Melalui Laman Web

1. Klik link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah Di Laman Web SPR - http://www.spr.gov.my/



2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan klik SEMAK


3. Semakan Melalui SMS


Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888


4. Semakan Melalui Talian Telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)


5. Bagi yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di Seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

6. Senarai Pusat Mengundi