11/04/2013

Sabtu Tanpa Nasi, Ahad Dengan Makanan Laut

Salam semua! Bersiaran kembali. Dah berapa hari tak update blog ni. Tertinggal pulak cerita hujung minggu lepas Sabtu tanpa nasi dengan homemade beef burger, hari Ahad pulak Mummy ke rumah kakak yang sama untuk makanan laut pula. Asyik makan je? Ahaaa, buat masa ni cerita makanan je yang sempat Mummy update. Cerita lain belum lagi. Hehehe....


Untuk anak Mummy yang tomey tomey tu, kejap demam kejap batuk, terus Mummy call sekolah dia untuk cuti satu bulan. A ah sebulan Mummy bagi dia cuti. Qashrin memang seronok sangatlah. Kalau pagi-pagi sahaja bergurau gerak dia nak ke sekolah, dia akan buat batuk dan selesema "ada selesema lagi ni mi, takyah pegi sekolah". Wah...sampai gitu sekali. Seronok bercuti. Rasanya lama dah dia bercuti, so next week Monday dah kena gerak dia pagi-pagi ke sekolah. Dah sihat walafiat dah. Syukur sangat! Dapat jumpa ubat yang baru untuk batuk dan selesemanya. Baru faham konsep-konsep yang diterangkan oleh ahli farmasi tentang masalah Qashrin ni. Sampai doktor pon takleh explain? Itulah Mummy ni berusaha bersungguh-sungguh untuk kesihatan Qashrin. Bukannya apa, tak lalu dah duduk Hospital je. Tak masuk karang tak baik-baik keadaan jadi teruk. Bukan best pon nak duduk Hospital tu. Sampai bertukar doktor pulak dari Dr. Kuldeep ke Dr. Lee. Nanti di posting yang lain, Mummy akan terangkan satu per satu mungkin boleh digunapakai untuk anak-anak yang sering batuk dan selesema yang disebabkan alergi atau alahan.

Okay, berbalik cerita hari Ahad minggu lepas, untuk makan tenghari dan malam dua-dua menu makanan laut. Untuk menu tenghari, inilah menu kami. Rendang pedas ketam, ikan goreng cicah air asam dan sayur bayam sup. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Maklum la semalam tak dapat makan nasi. Semua ni kakak Mummy yang masak. Heee~. Di malam hari pula, kitaorang beli ikan pari panggang berempah, lala dan siput sedut. Nyummsss. Jom tengok gambar...

MENU TENGAHARI







MENU MAKAN MALAM



Alhamdulillah, memang best makan bersama keluarga kakak. Ikan pari bakar ni kitaorang beli dari kedai yang memang wujud sejak kami kecil lagi. Seafood stall dekat Ipoh Garden. Lala dan siput sedut tu RM10 setiap satu. Ikan pari yang paling sedap bila di makan dengan nasi panas-panas, sebab rempahnya memang sedap dan juga kuah cicahnya cukup pedas, masam dan manis. Nyumsss.... Okaylah setakat ini dulu. Nanti nak update cerita ke Terengganu pulak, rasa macam mood ke laut je ni. Nantilah kalau rajin. Pegi ke Singapore itu hari pon dah pending cerita nya tergantung. Hahaha...Okaylah. Take care!

Xoxo
Mummy Akmar