06/04/2013

Resipi Roti Puri Sedap Dan Mudah

Kali ini Mummy nak berkongsi resipi roti yang lain iaitu Roti Puri. Pernah makan roti puri tak? Kenapa namanya roti puri pon Mummy tak tahu. Hehehe. Tapi mudah sahaja nak membuatnya dan memang sedap di makan dengan kari ayam.

Oh yer sebelum nak berkongsi resipi roti puri ni, hari ini Mummy dan famili buat BBQ dan jugak burger bakar (home made beef patties). Aih macamana nak diet ni? Last week pulak makan beramai-ramai jugak menunya Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan juga Dalca. So, hari ini kami tak makan nasi untuk lunch, menunya Home made Beef Burger, Ayam Panggang BBQ, Potato Wedges dan Salad. Rasanya makanan sihat ni, sebabnya tak bergoreng pun dan semua pakai olive oil. Nanti Mummy kongsikan resipi home made beef patties tu yer. Okay jom tengok bahan-bahan roti puri.

Bahan-Bahan:
6 sudu marjerin 
1/2 peket tepung gandum
1/2 sudu teh garam 
Air secukupnya

Cara-caranya
1. Campurkan marjerin dengan tepung sehingga menjadi macam breadcrumb. Rupanya akan agak seroi sedikit.
2. Sediakan air yang dicampur dengan garam dan campurkan dalam adunan tadi sehingga mendapat dough yang senang nak diuli. 
3. Uli dough tersebut sehingga sebati macam buat roti canai pakai tangan jugak. Uli dan uli sampailah adunan tak melekat.
*Gambar tengah buat adunan tak sempat snap sebab tangan tengah menguli*

Tips Buat Roti Puri Jadi Lembut & Gebu


Bahagikan dough ikot saiz yang anda suka. Kalau separuh peket tepung gandum boleh dapat dalam 15 ketul macam ni. 

 Dah siap bahagikan dough, boleh terus canaikan pakai roller adunan ni macam dalam gambar ni

 Dah siap roll, bolehlah terus menggoreng adunan tu. Roti puri ni akan mengelembung macam gambar macam ni. 

Inilah hasilnya. Roti ni lembut di dalamnya, permukaannya ranggup dan rapuh. Memang sedap makan dengan kuah kari.

Dalam 2-3 minggu tak ber-blogging ni. Dah 2 kali Mummy buat roti puri makan bersama famili. Memang sedap dan mudah. Kosnya pon tak mahal pon. Selamat mencuba!!

Xoxo
Mummy Akmar