07/04/2013

Resipi Home Made Beef Burger (Beef Patties) Sedap Dan Mudah

Assalam, semalam Mummy sekeluarga makan bersama-sama, Mummy buat Home Made Beef Burger ataupun Burger Bakar.  Beef patties ni Mummy dah lama nak buat sendiri tapi tak dapat kata sepakat yang lain. Hehe. Akhirnya menjadi jugak. Setelah membuat carian dan membaca beberapa resipi. Terus Mummy rangkakan resipi ni sendiri. Tapi semestinya basic nak buat beef patties tu adalah menda yang sama. Cuma campuran dalam tu boleh dipelbagaikan. Ada yang letak cili bengala, ada juga letakkan sos spaghetti, ada yang campurkan mozarella atau parmesan cheese. Memang macam-macam resipi.

Ramuan beef patties ni Mummy dah buatkan malam sebelum tu sebabnya bila dah bentukkan, patties ini perlu direhatkan dalam peti ais untuk kekalkan bentuknya. Okay, jom tengok bahan-bahan

Bahan-Bahan Beef Patties
2 kg daging kisar 
(Mummy guna brand Azmi beli dekat Tesco. Setiap pack tu beratnya 200gm. So, Mummy beli 5 pack)
8 cups breadcrumbs
(Mummy beli dekat Tesco jenama Nago Japanese Breadcrumb)
1 biji telur
3 sudu besar Heinz mustard sos
3 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar blackpepper 
2 cawan bawang holland
(Didadu kecil-kecil)
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil garam
(kalau ada Worcestershire sos pon boleh guna) 
5 sudu besar olive oil

Bahan Tambahan:
Mozarella cheese
Cheddar cheese
(Digunakan selepas patties masak sebelum dihidangkan)

(p/s: 2kg daging kisar ni, kalau ikot size giant macam ni boleh dapat dalam 12 patties)

Cara-caranya:

1. Letakkan kesemua bahan-bahan berikut seperti di dalam gambar di atas tu
2. Gaul sehingga semuanya sebati
3. Bentukkan beef patties mengikut size yang anda suka
4. Bakar patties ni dalam oven supaya isi dalamnya masak betul-betul
5. Untuk kesan bakar, boleh bakarkan patties di atas pemanggang arang.


 Bentukkan beef patties ni mengikut size kegemaran sendiri. Memang besar size ni. Kami buat 9 beef patties untuk orang dewasa

 Smaller patties for the kids.

 Bakar dulu dalam oven

 Dah elok masak terus panggangkan di atas pemanggang arang macam ni.

 Letakkan mozarella cheese atasnya dan masukkan semula di dalam oven untuk cairkan mozarella cheese ni

 Aturkan burger, cheese, daun salad, tomato, sos mustard, thousand island sos, blackpepper sos dan juga mayo

Tadaaaaaaa....tingginya burger ni. Inilah hasilnya.

Memang taklarat nak abiskan burger ni dalam satu masa sebabnya pagi tu dah makan nasi lemak. Makan pulak ayam panggang dan juga potato wedges. Abang Mummy, kakak ipar dan kakak boleh abiskan terus. Memang POWER!!!!! Dagingnya tebal betul, memang sedap! Nantikan entri baru Mummy, persiapan Burger Bakar ni semalam. Bagi sesiapa nak buat Homemade Beef Burger Patties atau pon Burger Bakar di rumah, bolehlah cuba resipi ini. 
Selamat mencuba!!!

Xoxo
Mummy Akmar