07/04/2013

PRU 13 : Manifesto Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Mana Satu Pilihan Anda?

Bahang Pilihan raya ke 13 semakin terasa. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing telah mengeluarkan manifesto mereka demi meraih UNDI. Segalanya terletak di tangan kita sebagai rakyat. Dijangka kabarnya akan diumumkan tarikh pengundian pada hari Rabu (10 April 2013) ini. Jadi, amatlah penting bagi kita semua sebagai rakyat yang mengundi tahu apakah yang bakal dijanjikan oleh kedua-dua pihak.

Jom kita tengok apa yang mereka offer??


Barisan Nasional

Pemberian BRIM akan ditingkatkan kepada RM1,200 secara berperingkat-peringkat daripada sekarang ni, RM500

Bantuan persekolahan akan diberi sebanyak RM150 setiap anak yang bersekolah

Baucer buku dinaikkan kepada RM300 daripada RM250

Penurunan harga kereta sebanyak 20%-30% secara berperingkat-peringkat

3% pergerakan gaji khas dan semakan elaun untuk penjawat awam

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, jom tengok Manifesto Barisan Nasional.




Pakatan Rakyat

Merombak dasar automatif negara dengan harga kereta serendah RM25,000 dalam masa 5 tahun, cukai eksais akan dihapuskan

Pendidikan percuma kepada semua, hapus PTPTN

Harga petrol dan diesel akan diturunkan

Caj elektrik akan diturunkan

Penghapusan tol secara berperingkat-peringkat dengan pengambilan lebuhraya

Gaji polis naik 15%

Nak tahu lebih lanjut, jom baca, Manifesto Pakatan Rakyat

Nenek Tua Ini Akan Bertanding?

Sebagai rakyat kita perlu mengambil tahu mengenai perkembangan semasa sebabnya tarikh mengundi dah semakin tiba. Semoga kita dapat membuat pilihan yang baik dan pilihlah secara bijaksana.

Selamat mengundi!!