30/04/2013

Makan Nasi Arab 3 Kali Dalam Satu Minggu Di Hadramaot Paradise, Ipoh

Assalam semua. Bertemu kembali. Asyik-asyik bertemu kembali sebabnya rasa dah lama tak menulis ni. Kekekek~ Inilah nak cerita sikit pasal makanan Arab dari Yemen ni. My mom dah ketagih makan di sini. Minggu lepas, pertama kali kami cuba makan di Restoren Hadramaot Paradise depan Kinta Riverfront Hotel. Restoren ni dah lama jugak dibuka tapi belum pernah kami cuba. Pertama kali kami makan di situ, soalan pertama yang akan di tanya "ada letak gula tak?" Hahaha...Bukannya apa, kesian dekat Opah takot paras gulanya naik pulak. Nasib baik, lepas makan memang paras gula normal.


Bila dah rasa nasi Arab ni. Sedap lah pulak. Nasi beriyani basmati lembut dan ayam dia boleh tahanlah. Itulah pasal Opah suka makan dekat sini. Sampaikan 3 kali kami makan disini dalam satu minggu. Dalam minggu ni, kami akan pergi beramai-ramai sebab Opah nak belanja semua. Pilihan ke Restoren Hadramaot Paradise ni adalah di atas permintaan Opah. Opah ni dok ajak ke sini. Dah ketagih ler pulak Opah ni. 

Kali Pertama Makan
Kami order 1 chicken mandy rice dan lagi satu l lamb mandy rice, air apple tanpa gula dan air kosong untuk Mummy. Akhir sekali Mummy order pencuci mulut cream caramel.





Kali Kedua Makan
Opah ajak lagi sekali makan di sini. Teringat pulak dekat Qashrin. Ambil Qashrin dulu di sekolah. Sekolah separuh hari je dia hari tu. Makan dekat sini. Kali ini, Mummy order yang lain, chicken kabsa rice kita share je bertiga, mulawah bread yang di makan dengan fahsa chicken (hot plate) dan humus. Air pula Jamaica juice untuk Mummy, untuk Opah apple juice tanpa gula. Akhir sekali, orderkan cream caramel untuk Qashrin. Pencuci mulut kegemaran dia.











Kali Ketiga Makan
Kali ni kami makan pada hari Jumaat minggu lepas. Haritu Qashrin pula memang tak sekolah sebabnya hari tu adalah hari berjumpa dengan ibu bapa untuk perkembangan anak-anak Permata ni. Qashrin siap bertudung dan pakai maxi dress sebabkan hari Jumaat. Tapi tak sempat nak snap photo. Kali ni, kitaorang order lagi banyak. Hehehe. Mulawah bread, chicken fahsa, chicken mandy rice, lamb kebab. Air pula, Opah macam biasa apple juice tanpa gula, Mummy pulak order lemon mint. Dah abis makan dan bayar, tiba-tiba Qashrin minta pencuci mulut. Belikan juga cream caramel dia.






Seminggu lepas penuh dengan kalori. Tapi ada orang kata, nasi beriyani ni memang kurang kanji dan gula. Menu pulak takde yang bergoreng. Yerker? Ntahlah...Hahaha...Ermm dah ler seminggu sebelum tu, kami makan Johnny's dan Korean BBQ. Aduih...Uwaaaa camner nak diet? Tibe-tibe menyesal. Heeee~ 

Xoxo,
Mummy Akmar