04/04/2013

Kembali Bersiaran

Assalam. Kembali bersiaran di blog. Setelah berhempas pulas menjaga anak sakit, lepas tu demam viral dah sihat sikit pulak, jalan-jalan cuti sekolah ke Pantai Timur. Baru nak baik, dah kena batuk pulak kami anak beranak balik dari Terengganu sebabnya naik satu kereta dengan Ayah Yob yang suka hisap rokok. Cuti-cuti kali ini, kami pergi dengan 3 buah kereta sahaja. Destinasi utama ke Kuantan untuk tempoyak ikan patin dan perjalanan diteruskan ke Terengganu. Di sana kami menginap di Primula Beach Resort selama 4 hari 3 malam. Dalam rancangan nak ke Kelantan hari ke empat tapi nampak gayanya plan terpaksa tukar balik ke KL kerana tidak cukup masa dan juga ada baby kecik. Cuti-cuti kali ini di sponsor oleh abang sulong Mummy. Thanks Ayah Yob!! Nanti Mummy update cerita.


Sayang Mummy. gambar dua hari lepas.

Alhamdulillah walaupon hampir dua minggu tak bersiaran, pageviews luar biasa sebabkan Tonton Online Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi . Sempat buat entri pasal tonton online sahaja. Nak menulis memang takde mood. Banyak juga aktiviti terlepas yang nak di-blog-kan. Biasalah aktiviti bersama keluarga tak lain tak bukan, makan-makan. Hahaha. Ada beberapa resipi yang Mummy nak kongsikan bersama. InsyaAllah nanti akan dikongsikan.

Entri yang akan dipaparkan kebanyakkannya yang dah berlaku 2-3 minggu lepas. Tak tahu lah boleh catch up ke tak kerana tadi Blackberry Torch dah kena hantar untuk dibaiki. Slidenya dah berbunyi, skrinnya pula tak paparkan apa-apa. Gara-gara masa slidernya keadaan terbuka, dan terjatuh. Angkara siapa lagi kalau tak bukan si kenit cayang Mummy tu. Dulu Blackberry Curve tu memang tahan lasak jatuh berkali-kali masih bernyawa. Kesian BB Torch tak tahan lasak. Dah baik nanti nak trade in pulak ke Samsung Galaxy. Adui..Duit lagi......huhuhuhu....

Mummy baru je balik dari makan burger bakar di Medan Gopeng, Ipoh. Nama burger bakar ni RBB Ipoh (Rawang Burger Bakar). Teringin nak cuba makan burger bakar punya pasal, sanggup tidur rumah kakak. Hehehe...Terpaksa pinjam handphone anak saudara nak snap gambar-gambar burger tadi.


 Kitaorang order 3 Burgembira dan 1 chicken pop. Dua-dua dengan cheese keping. Memang sedap..

 Duck mouth la plak...

 Beratur nak tunggu giliran. Nombor kami 45...agaknya burger yang ke 45 kot...

Dengan kazen dia....

Okaylah, mata pon dah mengantok perut pon dah kenyang. Time to sleep, dekat pukul 12 malam dah ni. Sweet dream Zzzzz

Xoxo
Mummy Akmar