07/04/2013

Hari Sabtu Tanpa Nasi. Diet Ke Ni?

Ahaaa, nak cerita sedikit. Rajin betul Mummy ni, baru je kongsi resipi Burger Bakar, buat lagi entri baru nak cerita pasal semalam ni. Hehehe. Dalam kepala ni tengah nak update entri road trip ke Gannu itu hari. Semalam, adalah hari TANPA nasi. Ecewah. Diet ke? Tak pun.........Lagi banyak kalori adalah kan...


Semalam seperti yang dirancangkan, Mummy buat Beef Patties sendiri. Bila buat sendiri, mestila istimewa lain dari yang lain. Beef patties untuk burger bakar ni besar betul. Dagingnya memang tebal, agaknya dalam 10 keping daging biasa kot. Hehehe. Jenuh woo nak mengabiskan satu burger tu. Tapi memang POWER lah abang, kakak ipar dan kakak sendiri dapat abiskan. Untuk kanak-kanak pon Mummy buat beef patties tu kecil sedikit tapi tetap tebal. Anak saudara perempuan makan satu setengah burger saiz kanak-kanak. Dahsyat!! Kekekeke. Menu tenghari kami semalam bukan sahaja Burger Bakar buatan sendiri, ada pula ayam panggang dan potato wedges. Untuk resipi Burger Bakar uolls boleh ke SINI. Pada waktu malam pula, kami makan menu biasa sahaja iaitu bihun singapore lada hitam. Itulah menu tanpa nasi kami semalam. Jom tengok gambar-gambar di bawah


 Condiments  untuk beef burger, daun salad, thousand island sos, mayo, mustard, sos lada hitam, tomato, timun, cheddar cheese dan mozzarella.

 Ayam panggang Mak Der...

 Potato wedges ni memang layan makan dengan cili sos dan mayo. Nyumpss

 Dah bakar ayam, bakar pulak beef patties ni.

 Nak sedap makan burger ni, roti burger kena beli yang lembut dan berkualiti. Baru puas makan. Kekekek

Susunkan salad, timun dan tomato

Dah siap bakar dalam oven, terus ke pemanggang arang, masuk semula dalam oven untuk cair kan cheese. Mozzarella cheese on top, masuk dalam oven bagi cair menggelegak keluarkan dan serve atas roti burger

Sebelum letak daging burger yang panas baru keluar dari oven tu, letakkan cheddar cheese dulu.

Makan burger ni mesti kena letak sos lebih-lebih dan juga cili sos. Memang TERBAYEK!! Hehehe

Untuk menu makan malam pula, kami makan simple je, bihun goreng singapore di tambah lada hitam. Makan panas-panas memang sedap!. Qashrin makan abis semangkok. Her faveret!!

Hari Sabtu tanpa nasi kami ni penuh dengan kalori, memang best makan bersama famili dan riuh rendah bersama anak saudara tu membuatkan kita lagi berselera nak makan. Hari ni, hari Ahad pula baru je lepas makan rendang pedas ketam, sayur bayam, ikan bawal goreng garing cicah air asam. Nyum nyum nyum! Kekekeke. Dah makan, update blog, kejap lagi nak tolong kakak Mummy buat 3 bancuhan brownies untuk di bawa oleh anak lelakinya ke sekolah semperna harijadinya. Harap dapat la terbakar kalori-kalori semalam tolong kakak buat kerja tu. Hahaha...Boleh?? Macamana dengan weekend anda? 

Xoxo
Mummy Akmar