21/03/2013

Retail Therapy Online Shopping Sebagai Ubat Demam

Salam sayang buat semua pembaca blog Qashmere. Kiranya dah 2 minggu kot Mummy ni sakit. Demam lah, batuk selesema lah tiba-tiba keracunan makanan. Keracunan makanan tu disebabkan menu tenghari yang kami semua makan dan taknaklah Mummy sebut nama restorennya. Nanti buruk pula reputasi. Selama ini okay je kami makan. Entah macamana, ramai pulak perut memulas dan efek yang paling teruk pada Mummy. Aiseyman...Nak buat macamana kan? Takdir semua tu. Kena terima dengan tabah. Hehehe

Demam-demam seminggu tu, bukan je tekak ni teringin nak makan-makan macam-macam menda. Mata dan tangan ni pon teringin jugak. Teringin online shopping. Selalu dapat email dari Gymboree.com yang dengan SALES mereka tu. Sampailah terpedaya untuk buat online purchase. Dah beli-beli ni darab 3.2 USD rate. Dah campur kos penghantaran...Haaa amik kau, kena bayar dalam RM370.10. Nasiblah Opahnya nak sponsor RM200. Kekekekeke. Sian Opah jadi mangsa. Tunjuk dekat Opah, dia pon berkenan dengan semua yang Mummy pilih dan terus dia cakap dia nak sponsor RM200 untuk dress-dress yang cantik-cantik ni. Rasanya berbaloilah untuk 5 dress ni dalam harga macam tu kalau nak dibandingkan beli di sini pon harganya tak mengalah mahal.



Pembelian kali ini lebih kepada mengidam tengok dress-dress spring sales ni. Lagi pon wardrobe Qashrin memang banyak dah kena tukar. Semuanya dah senteng atau ketat. Kebanyakkannya umur 24 - 36 months. Sebabkan brand Gap, Oshkosh ni sizenya besar-besar. Qashrin pakai dari jadi dress terus boleh upgrade jadi tops. Hahaha. Kena let go dan sedar anak semakin membesar dan juga kena beli yang baru. Qashrin ni, jenis besar memanjang. Tu yang tak berapa perasan sangat tumbesarannya. Tapi bila dukung berat nya tuhan jelah yang tahu.

Ruffle Seersucker Stripe Belted Dress 
was: $36.95 now: $25.99
 After Spring Break Sale 30% Off $18.19

 Rainbow Dot Stripe Dress
was: $34.05
After Spring Break Sale 30% Off $24.47

 Flower Ribbon Dress
was: $34.95 now: $24.49
After Spring Break Sale 30$ Off $15.37

 Chevron Stripe Dress
was: $34.95
After Spring Break Sale 30% Off $24.47

Sequin Flower Ruffle Top
was: $21.95
After Spring Break Sale 30% Off $15.37


Cantikkan dress-dress ni. Tak sabar nak menunggu baju-baju ni sampai. Rasa seronok je tengok Qashrin pakai baju cantik-cantik macam ni. Untuk baju harian pula, nanti Mummy nak kirim dekat kawan Mummy beli dekat Primark London untuk tees yang cute-cute 3 tees baru 4 pound dalam RM20 je. Teringin juga nak buat pembelian dari Oshkosh, Carters dan lain-lain dengan menggunakan perkhidmatan hopshopgo sebab jenama-jenama ini tidak membuat penghantaran terus dari USA ke Malaysia. Nanti boleh cuba.

Sangat tak sabar nak tunggu parcel dari USA ni. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aminn!

Xoxo,
Mummy Akmar