14/03/2013

Resipi Chocolate Fudge Brownies Mudah & Sedap

Bila demam dan badan ni sakit-sakit. Macam-macam lah tekak ni teringin nak makan. Dah macam mengandung pulak. Hehehe. Alhamdulillah hari ini demam dah takde. Teruk jugak kena demam viral ni. Demam sampai 4 hari, lepas tu dah okay hari ke enam demam datang secara mengejut on and off. Terus ke Hospital untuk buat pemeriksaan darah. Nasib bukan denggi hanya demam viral.


Okaylah cerita pasal demam-demam ni, macam-macam lah terasa nak makan tekak ni. Dalam keadaan sekejap sihat dan sekejap sakit tu. Buat jugaklah Choc Fudge Brownie. Kali ni Mummy buat di rumah kakak Mummy. Memang sedap sebab sangat fudgy dan chocolatey. Nyumm....

Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buatnya:

Bahan-bahan 
120gm dark chocolate bar
1 1/4 cawan mentega atau lemak sayur
1 cawan gula castor
3/4 cawan gula perang
2 sudu besar esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan badam / walnut / choc chip (ikut suka masing-masing tapi Mummy letakkan serbuk badam)

Cara-Cara
1. Cairkan mentega dan coklat bar tadi di atas api. Bila dah cair, angkatkan periuk tadi.
2. Masukkan gula castor, gula perang dan kacau. Lepas tu masukan telur, esen vanilla, tepung, badam dan serbuk koko. Masuk satu-satu dan kacau sebati baru masukkan bahan lain.
3. Gaulkan pakai whisker sehingga sebati dan letakkan di dalam loyang atau pon acuan mengikut kesukaan anda.
p/s: panaskan oven dahulu dan bakar selama 20-30 minit.

resipi brownies mudah dan sedap, cara buat brownies yang sedap dan moist
 Brownie batter

 Masukkan dalam oven

 Selepas 5 minit

 Selepas 10 minit

 Brownies ..Nyummms Qashrin suka sangat! 

Memang sedap makan dengan ais krim. Lagi sedap kalau ada chocolate sos

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar