13/03/2013

Projek Scrap Book Pertama : My Family - Our Love Book

Akhirnya, siap jugak projek pertama untuk membuat scrap book "My Family" dan telah ditafsirkan sebagai Our Love Book. Hahaha..siap tafsir-tafsir gitu. Bukannya apa, macam description lah gitu. Scrap book ni lebih kepada apa yang dilalui oleh Mummy sendiri bersama-sama dengan Qashrin dengan penuh kasih sayang.

Kiranya buku ini adalah hasil dari last minute job juga sebabnya due date Jumaat lepas dan Mummy siapkannya hari Khamis. Hahaha..Dah la baru betul-betul baik demam. Jenuh juga mencari bahan dan terus buat sendirian. Qashrin jadi tukang kacau dan tolong menyelerakkan lagi ada lah. Dia dapat 2 gambar yang ditampalkan sendiri oleh dia. Jom tengok gambar....

Ini muka depan, yang atas tu template setiap page Mummy buatkan awal-awal menggunakan pembalut hadiah bermotifkan corak polka dot. Dan sebagai tambahan, Mummy belikan gambar-gambar teddy bear dalam setiap petak ni. Senang nak potong. Tak susah...

Letakkan sedikit border polka dot sebelah kiri, reben di atas dan gambar teddy di situ. Page pertama ni Mummy tunjjukkan yang Mummy seorang diri mengandungkan Qashrin tanpa suami.

Few photos on my baby shower

The day that Qashrin was born. 28 July 2010


Aqiqah's photo. Pakai main tampal je. Hahaha

Her 1st Birthday photos

 2nd Birthday


 Our holiday's photo. Sebenarnya banyak lagi nak masuk pergi cuti-cuti yang lain tapi macam dah taklarat. Hahaha....

Suka gambar dengan Marilyn Monroe ni. Kekekekekk

Raya photos. Raya 2010 terlupa pulak nak print sebab tahun tu pertama kali Qashrin menyambut Hari Raya dalam pantang lagi tu sebab dia dilahirkan 2-3 hari sebelum puasa. Yup, raya bersama Mummy dah 3 kali. Alhamdulillah....

Photo pertama tu waktu dia di dalam pantang lagi. Nak pergi beraya. Gambar yang bawah sekali pula waktu dia umur berapa 8 bulan kot, kami bercuti di Cameron Highland kali ke dua bermalam di Heritage Hotel.

Final look. Lepas comb binding. Heeee...I am proud with my hand work. Berpeluh-peluh Mummy buat sebabnya betul-betul baru baik demam. Rasanya kesan ubat pon ada lagi dalam badan Memang look simple tapi it takes a lot of effort. Tak tahu lah dapat menang ke tak ni. Sebabnya tengok scrapbook yang lain pon nampak hebat-hebat juga. Semoga rezeki menyebelahi Mummy dan Qashrin. Amin........hehehe

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga menyiapkan projek pertama kami. Mulanya terasa buntu juga kerana Qashrin tidak mempunyai bapa. Yerlah scrap book ini bertajuk My Family. So Mummy pon buat pengolahan sedikit lebih kepada cerita Ibu dan Saya. Harap cikgu paham dan Qashrin dapat pembelajaran melalui buku-buku ini. Mungkin banyak lagi gambar yang boleh Mummy letakkan. Cukuplah gambar-gambar ini yang dapat memberi inspirasi dan pembelajaran pada Qashrin betapa Mummy sayangkan Qashrin. Muwahsssss

XOxo 
Mummy Akmar