23/03/2013

Makan Malam Di Koh Sa Mui

Good morning all! Awal Mummy bangun hari ini sebabnya excited dengan cuti-cuti sekolah kali ini. Pagi-pagi lagi dapat panggilan dari adik beradik sebabnya next week kami bercadang nak jalan-jalan pantai timur kali ini. Kami akan ke Bukit Gambang dan seterusnya road trip dari situ terus ke tempat-tempat yang menarik di Terengganu dan Kelantan. Yang pergi 3 famili termasuk famili kecil Mummy. Bestnya sebab takpernah lagi pergi ke Terengganu. Hahaha....Semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Amin...

Okay, saja nak cerita. Sebab dah terajin sikit ni. Pagi-pagi dah capai laptop. Gosok gigi pon belum apatah lagi breakfast. Pendek kata, bangun-bangun celik mata, jawab telefon sembang-sembang terus capai laptop. Kekekeke....Ceritanya semalam kami makan malam di Restoran Koh Sa Mui di Ipoh. Alhamdullilah kenyang sangat. Qashrin makan abis sepinggan. Oh yer!!! Syukur sangat-sangat, Qashrin dah baik demam. Fuhhhh..lega. Risau sangat. Demam dari hari Selasa dan Khamis barulah redha. Jumaat semalam memang takde demam langsung. Makan-makan semalam, kesian Opah tak dapat makan. Rasa isi ikan sikit je sebab semua menu terasa manisnya. Naik pulak gula dalam darah dia nanti. Opah bawa brown rice dari rumah di makan dengan mix vege yang di masak dengan bawang putih dan juga garam.  Kalau datang sini, menu yang di order mengikut selera pada waktu tu. Kadang-kadang kami ada juga order sizzling tofu, ketam, ikan kerapu masak cili. Jom tengok menu-menu yang kami selalu order.

menu makanan di restoran koh sa mui Ipoh
Batuk masih ada lagi ni. Teringin punya pasal. Order jugak air kelapa. Hihihi

 Baby kailan with oyster sauce

 Kerabu mangga

 Ayam goreng pandan

 Tomyam seafood

 Udang galah bercili

 Siakap stim.

 Pinggan Mummy licin! Terpaksa makan 2 udang, abang Mummy pula makan lagi 2. Yang lain taknak sebab nak makan stim fish. Adui kolestrol. Menu dia sekarang semuanya terasa betul manis, masin, masam. Kuat penggunaan gula. Tiba-tiba Mummy pon paranoid pasal gula. Hahaha.... 

Untuk pencuci mulut. Ais krim goreng untuk semua. Sedapppp!!!

Bagi sesiapa yang datang Ipoh nak rasa makanan Thai yang best-best boleh lah singgah ke sini. Alamatnya boleh tengok di bawah ni. Dikesempatan ini, Mummy nak ucapkan selamat bercuti!!!!

Restoran Koh Sa Mui

83 & 85, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh, Perak. 
Tel No : 605-255 6608. 
Di buka dari 11.30am-3.00pm, dan 6.30pm-10.30pm

Xoxo
Mummy Akmar