01/03/2013

Majlis Malam Amal Harmoni Kasih Anjuran Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak

Morning! Nak sambung cerita aktiviti hujung minggu lepas yang padat seperti di posting yang INI. Seronok dapat jemputan untuk hadir ke event besar sebegini yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak (PITMP). Tak sangka jemputan dihantar melalui SMS oleh SetiausahaKerja (Kak Zah) untuk Majlis Malam Amal Harmoni Kasih di Hotel Syuen.

Pada hari tersebut, majlis lebih meriah dengan kehadiran Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir dan isteri telah mencemar duli. Tak sangka hari Sabtu jumpa di majlis perkahwinan di Riverfront Hotel dan Ahad pula jumpa di Hotel Syuen. "Ada jodoh dengan kerabat diRaja ke ni" Kekekeke. Melawak je. Tuanku amat sporting dengan mendendangkan sebuah lagu untuk hadirin.

Pada malam tu, macam-macam acara dijalankan antaranya, dendangan lagu dari band the beaches, tarian tradisional dari anak-anak ibu tunggal, koir, fesyen show dan lain-lain. Yang paling dinanti-nanti adalah cabutan bertuah yang dicabut sendiri oleh Tuanku. Tak sangka jugak, nombor Mummy bertuah. Yeay! Alhamdulillah...Jom tengok gambar mana yang sempat Mummy ambil pakai Blackberry je:

 Entrance to the hall

 Mummy sampai awal jugak. Mula ingat nak cari parking di basement. Risaukan takot balik lambat, terus pakai servis valley parking. RM10 je. Itulah terawal sikit.

Meja VVIP.

 Ketibaan DYAM Tuanku Raja Dihilir bersama isteri mencemar duli.


Kad jemputan Mummy. Nombor 0448 adalah nombor bertuah. Hehehe. Rezeki murah betul. 

 Menu malam tu chinese style dish. Di hantar course by course. Last sekali baru nasi. Memang banyak tak abis. Meja kami pon ada 4 dewasa, 2 kanak-kanak yang ibu mereka adalah committee dan penerima anugerah ibu tunggal berjaya.

 Appertiser ni Mummy suka..yang pertama ni semua abis rasanya. Yerlah permulaankan. Makan sambil tengok persembahan tu kan best.

Kemudian kami dihidangkan dengan lemon chicken. Ayamnya digoreng ranggup dan disimbahkan dengan sos lemon. Sedap!! Portion dia rasanya dekat 1 ekor ayam kot. Separuh je kami makan. Okay time ni kami masih boleh makan lagi.

 Sampai pulak mixed vege pon semakin slow kami makan.

 Siakap nyonya sauce ni pulak memang sedap. Tapi semua dah perlahan. Banyak lagi ikan ni. Tulah meja kami pon ada kekosongan 4 orang. Dah tu yang lain semua berumur. Kenyang betul..

 Udang ni agaknya dekat 50 ekor kot satu pinggan besar. Mummy makan 3 ketul je. Itu pon banyak lagi. Budak-budak tu pon dah taklarat. 

Pineapple rice ni berusik kurang dari separuh. Ada yang tak makan pun sebab dah kekenyangan.

 Last sekali dapat dessert fried lotus bun ni. Pertama kali makan. Sedap rasanya. Luar garing dalam lembut. Pastri dia macam ice cream goreng cuma inti di dalamnya lotus paste yang manis. Dan juga kami dihidangkan dengan sepinggan buah-buahan.

Majlis abis lepas pembahagian hadiah dalam pukul 11.30mlm. Gambar ni diambil semasa menunggu traffic light. Takot punya pasal saja-saja tangkap gambar. Drive sorang-sorang ... =(

 Sampai rumah pukul 12 mlm. Takotnyaaaa...Cepat2 kunci kereta masuk dalam rumah. Dah masuk dalam rumah cuci mekap, sebelum nak tidur bukak hadiah dulu. Dapat electric kettle. Alhamdulillah...

Banyak betul gambarnya. Itulah entri kali ni pon sahaja nak berkongsi gambar. Banyaknya pon gambar makanan saja. Hahaha....Sekarang ni Mummy masih di Hospital Pantai Ipoh. Tadi Doktor cakap esok boleh keluar. 

Xoxo
Mummy Akmar