09/03/2013

I Miss You & I Love You

Holaaaaaaaa!!!!! I miss you....and I love youuuuuu!!. Don't get me wrong. I miss so much to blog and my love to my blog is endlessly. Wehehehehe

Dah dekat seminggu tak update blog. Macam tak percaya je. Sebab selalunya Mummy akan update at least everyday. Macam-macam perkara yang telah Mummy lakukan, dilakukan dan melakukan. Hehehe....Sampai tak tahu lah boleh catch up ke nak update satu satu sebabnya selalu update by daily. Bila kerajinan tu ada memang rajin bebenor sampai setiap hari mesti ada satu entri.

Seminggu bercuti atau jauh dari keyboard ini adalah kerana sebab-sebab tertentu. Selepas sahaja Qashrin discaj dari Hospital Pantai Ipoh, Mummy pula diserang demam virus. Mula rasa-rasa macam denggi je (perasaan) tapi nasiblah hari ke-empat demam tu dah mula kebah. Kalau tak, kebah sekejap, badan mula menggigil, tangan seram sejuk, mata dah rasa berat dan kepanasan satu badan. Kalau hari ke-empat tak kebah, dah memang nak pergi ke Hospital untuk buat ujian darah. Qashrin pon satu minggu cuti dari sekolah. Dia memang dah sihat, cuma nak turutkan ubat ikot waktu dan pantang betul-betul tanpa minuman sejuk. Just wanna update few photos of Qashrin in the Hospital the other day.

Hari pertama kena nebulizer. Ooohhh nak pegang sendiri. Malam-malam sampai hari berikutnya pon nak pegang sendiri. Tak bagi Mummy pegang. Bila sampai je asap tu mata dia pon macam lalok mengantok. Sian tengok pagi-pagi buta kena nebulizer, mata mengantok tangan tetap pegang sendiri.

Kalau Mummy ke tandas, atau ambil air panas. Qashrin akan keseorangan tapi of course Mummy akan notify jiran dulu sebelum Mummy pergi. Amboi tangan laju je tu. Pilih video apa dia nak tengok dekat laptop zaman Jepun Mummy ni. 

She likes to be in the Hospital and having this girl's meeting. Adui!! Everyday, she was like "mummy lets go to playroom" ..sometimes she will call it as play ground. Kali ini dia sangat seronok di Hospital. Taknak balik rumah!!!!!...Boleh main slide everyday!!

Last week sangatlah hujan sesaja. Dalam Hospital sangat sejuk!! Kakak Mummy singgah bawak mee goreng cathay panas-panas. Sedapnyaaaaaaaaa!!! Siapa datang Ipoh kena rasa mee goreng ni! Nanti Mummy share info. Mee ni memang dah wujud dari Mummy kecil. Tapi dia dah tutup beberapa tahun dan dah mula beroperasi 3 tahun sekarang ni. Kata tukang masaknya yang satu sekolah dengan abang sulong Mummy, business dia dulu abang dia dengan bapa dia yang buat. Tapi abang dia dah salah pakai duit. Sampai kedai ni tak dapat beroperasi. Sambil goreng-goreng sambil bercerita. Takpe layankan ajer yang penting mee Mummy siap awal. Bukannya apa, kalau datang nak order ni, surely pembantu dia cakap datang lagi 1 jam. Orang beli bungkus berpuluh-puluh. Tercerita sejarah pulakkan...Apa2 pon mee ni memang sedap. Ada mee rebus dan rojak juga! 

Pujukan yang terbaik. Pasanglah kids songs baru lah nak tidur sampai nonton. 

Pukul 1 pagi. Walaupon mengantok. She insisted to hold it by herself. Alaa ciannya

Hari nak discaj Sabtu 2 Mac 2013. Ada pesakit baru. Uihh..dengan confidentnya dia dengar bunyi-bunyi dari katil kami. Dia datang duduk atas katil. Siap Mummy offer biskut untuk join sekali. Terasa macam anak dua orang pulak. Hahaha.....


Ingatkan nak buat entri pendek. Erk!! Terpanjang jugak. Hahahaha...this week macam-macam. Scrap book - My Family dah siap, bawak Qashrin jalan-jalan dan tadi baru sahaja buat Choc Fudge Brownie. Sedapppnya brownie ni. Moist and super chocolatey! Addicted nak makan je!!...Esok pulak Mummy nak masak asam pedas ikan dan terung, pajeri nenas dan sambal tumis garing ikan bilis. Nyummsss. Okay makan non stop. Hahaha Nanti Mummy update lagi...Daaaaaaaaaaaaa!

p/s: Pada pemenang Giveaway nanti, insyaAllah by next week penghantaran hadiah akan dilakukan. Keadaan terlalu tide up dengan perbagai perkara dan hal. Harap bersabar 3 pemenang bertuah tu yer.

Xoxo
Mummy Akmar