20/03/2013

Dugaaan Ooohhh Dugaaan

Assalam semua. Alhamdulillah hari ini dapat luangkan sedikit masa untuk update blog ni yang agak lama terbiar. Yerlah kata orang kalau nak jadi blogger mestilah rajin nak kena buat entri baru setiap hari ataupun update yang berpanjangan. 


Al kisahnya, dugaan demi dugaan yang Mummy tempoh ni. Bukan dugaan apa sangat. Dugaan menghapus dosa kata orang. Sakit yang berpanjangan. Lepas Qashrin discaj Hospital tempoh hari, Mummy pulak kena demam berpanjangan. Dah baik demam, datang pulak batuk dan selesema sampaikan tak dapat hadirkan diri ke Permata untuk Majlis Gotong Royong pada 16 Mac 2013 dan juga 1 Million Purple Walk pada 17 Mac 2013. Hari Sabtu kena batuk dan selesema yang agak teruk. Ahad pagi pula kena food poisoning. Pukul 3 pagi perut memulas. MasyaAllah....tuhan sahaja lah tahu betapa Mummy cuba kuatkan diri. Food poisoning yang amat teruk sampaikan terpaksa berpuasa. Ahad tu pula, kami adakan makan-makan dirumah bersama adik beradik. Pagi tu breakfast homemade roti canai dan nasi lemak. Tengahari pula menu permintaan Mummy sendiri iaitu pajeri nenas. Tak dapat pon menjamah apa pon setakat roti canai tu dimakan tanpa kuah kari. 

Image: Google

Dalam keadaan terkena keracunan makanan, batuk....boleh pulak demam datang kembali. Demam dalam keadaan perut yang sakit. Sabar jelah. Hari ini, keadaan beransur pulih. Alhamdulillah. Tapi Qashrin pula demam dari semalam dan hari ini. Dua hari tak kesekolah. Keadaan Qashrin tidaklah teruk sangat cuma demamnya ada kala baik dan kebah. Batuk dan selesema memang takde. Semoga tak bertambah teruklah. Nak bagi dia rehat dulu. Cuti lagilah tak kesekolah hari Khamis dan Jumaat. Dugaan oooh dugaan....

Nak update blog pon tak mampu. Taklarat. Nak baring sahaja. Hari ini baru lah sempat nak cerita-cerita sikit. Banyak entri yang bermain di dalam kepala ni, tak terbuat. Ingatkan nak draft dan pre-published kan. Tapi tak berdaya.

Syukurlah ada Opah yang banyak membantu kami. Setiap yang buruk dari kita dan yang baik dari Allah S.W.T. Setiap penyakit itu adalah penghapus dosa. Semoga terhapuslah dosa-dosa kecil atau besar. InsyaAllah. Amin....

Xoxo
Mummy Akmar