16/02/2013

Video Tahi Bintang Jatuh Di Russia 2013




Dianggarkan 400 orang mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia pada 15 Februari 2013 semalam. Menyebabkan bola api menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta orang awam.

Penduduk yang merakam peristiwa ini dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang. Tahi bintang ini menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Berikut adalah beberapa siri video yang sempat dirakam oleh penduduk semasa tahi bintang tersebut melintasi langit di kawasan kejadian semalam.