09/02/2013

Video Shila Amzah Nangis Bengkak Mata Mohon Maaf & Nyanyi Lagu Ombak Rindu


Haih..kesiannya Shila Amzah. Tersepit antara parents sendiri dan bakal suami serta keluarganya. Pada pendapat Mummy, bila baca ketegangan antara keluarga ni, pasti ada insan yang akan merana. Rasanya boleh sahaja bawak berbincang antara dua keluarga tanpa menghebohkan sana sini. Shila dan Sharnaaz ni bukanlah insan yang sempurna ada salah dan silap. Sama juga kedua keluarga masing-masing.

Tertusuk rasanya hati Mummy ni dengar luahan hati Shila. Semoga kedua-dua keluarga dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin agar semuanya gembira. Kepada Shila, semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian. InsyaAllah semua akan berjalan lancar dan kembali sedia kala. Walaupun dijodohkan sekali atau pun tidak ada jodoh dengan Sharnaaz, ini tidak bererti yang kehidupan Shila akan terhenti. Teruskan perjuangan dan ingat Allah sentiasa disisi kita.