05/02/2013

Setia Hujung Nyawa Minggu Episod Akhir

Tiap-tiap hari takkan terlepas tengok cerita Setia Hujung Nyawa sebabnya ini adalah minggu untuk episod akhir. Nak tengok apa endingnya cerita ni walaupun dah baca sinopsis penuh. Tapi lakonan Nelydia Senrose dan Amar Asyraf betul-betul membuatkan penonton tak sabar nak tengok apa yang terjadi di episod akhir ni.  Banyak scene yang mengingatkan kisah kehidupan Mummy sendiri sampai menitik air mata Mummy semalam tengok apabila fitnah tanpa asal usul tu dari ibu mertua Ersalina yang dia mengandung anak luar nikah.

Waktu yang dinanti-nantikan. Apabila cerita tentang Ersalina pernah terlanjur dan termengandung sewaktu dia berkahwin dengan Zain telah sampai ke telinga Datin Adibah.

Apa lagi, Datin Adibah naik berang. Terus membuat keputusan yang anaknya mesti bercerai dan suruh Ersalina jangan mendekati anaknya. Yup, inilah situasi yang dijangka oleh Mummy. Sebenarnya bukan dalam drama je tapi dalam kehidupan seharian pon macamni juga berlaku. Sepatutnya talak itu di tangan suami kan. Nasiblah Zain tu mempunyai akal dan sayangkan Ersalina walau apa pon dah dilakukan oleh Ersalina terhadapnya.


Tiada insan  suci tanpa dosa masa lalu. 
Tiada insan yg berdosa gelap masa depannya.


Selepas kekecohan tu, Zain pulak terjaga dari koma. Dalam keadaan yang masih tidak boleh berjalan, Zain cuba memujuk Datin untuk berjumpa dengan isterinya. Tapi Datin tidak membenarkan atas sebab terasa dirinya ditipu oleh keluarga Ersalina untuk membuatkan anaknya sebagai pak sanggup. Keadaan lagi teruk apabila, Ersalina telah didapati mengandung. Yes, kecoh lagi sampai Datin dan yang lain fitnah Ersalina bukan mengandung anak Zain. Tiba-tiba Datin pulak membuat keputusan memutuskan hubungan mereka suami isteri sehingga melarang Ersalina berjumpa dengan suaminya. Inilah sikap orang melayu. Tanpa bawak berbincang langsung terus memutuskan hukuman. Tak tahu ke dia betapa berdosanya dia membuatkan runtuhnya masjid perkahwinan yang dibina. Yerlah memanglah Ersalina tu dah buat salah, tapi Zain telah pon memaafkan dia dan dah cukup dia buli Ersalina tu.

Kesian tengok Ersalina. Dari Hospital dah kena sergah oleh Datin Adibah. Ersalina masih tidak berputus asa kerana rindukan suaminya. Merayu-rayu dia di Hospital sehinggalah Zain dah keluar Hospital. Ersalina mengambil tindakan untuk pergi ke rumah Datin dan merayu-rayu agar dia dapat berjumpa dengan suaminya. Lagi kesian, Datin menghalau Ersalina dan menolak dia keluar. Ersalina di tuduh mengandungkan anak orang lain atas sebab dia pernah terlanjur dan mengandung selepas dia bernikah dengan Zain. Jadi, Datin tanpa ragu-ragu membuat andaian kandungan Ersalina tu bukan benih anak lelakinya. Memang sedih...

Apa yang membuatkan Mummy sendiri rasa Zain adalah bukan seorang lelaki yang bacul dan bersikap matang. Zain sendiri beritahu Datin yang dia sudah membalas dendamnya dan telah melayan Ersalina cukup teruk dan kini mereka sedang bahagia. Dan dia juga sendiri menyatakan yang dia sudah betul-betul sayang dan terima Ersalina seadanya. Tapi biasalah, orang melayu ni. Terus Datin Adibah kata pada Zain anggaplah ini dugaan untuk keluarganya dan memaksa Zain menceraikan Ersalina juga. Oleh kerana keadaan Zain yang masih tidak mampu berjalan, Zain yang hanya mampu bercakap dengan Datin yang dia sayangkan Ersalina dan anak yang dikandungkan itu adalah anak dia.

Inilah mentaliti melayu. Memang bukan dalam drama sahaja dan sebenarnya ia terjadi dalam kehidupan seharian kita. Memang kesalahan Ersalina tu agak besar, menyimpan cerita yang melibatkan maruah keluarga.  Tapi apa-apa keputusan itu perlu dibuat atas dasar dua manusia. Lebih teruk lagi difitnah mnengandungkan anak luar nikah. Memang Datin Adibah tu takde rasa apa sangat sebab anak dia lelaki, tetapi Zain yang menghadapi tekanan sebabnya ibunya sendiri memaksa dia menceraikan isterinya. Tak sabar nak tengok cerita Setia Hujung Nyawa hari ini sebab minggu ni adalah minggu episod akhir sampai hari Khamis ni.


Xoxo
Mummy Akmar