04/02/2013

Selamat Hari Lahir Pak Nek

Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Qashmere. Hari ni Isnin. Macam biasa lah Monday Blues katanya. Uhuk uhuk. Bukan batuk yer cuma enjin nak buat kerja tu slow sikit ni. Belum warm up secukupnya. Hahaha.

Semalam adalah hari lahir abang yang ke-3 dalam famili. So, kakak ipar nak buat makan sikit-sikit macam minum petang bersama keluarga. Tak ramai pon ada. Yang ada famili abang no-4, kakak no-2, my mini famili (Mummy and Qashrin) dan tak lupa Atok & Opah. Al-kisahnya makan lagi. A ah..makan je kerja kami. Itu tandanya kita kena bersyukur kerana rezeki semua ni dari Allah S.W.T yang melimpah ruah. Alhamdulillah. Moh tengok gambar makan-makan atau mini gathering yang di-host oleh Mama Oya (kakak ipar).

Antara menu yang ada, popiah ni mama oya buat di tolong oleh Mummy. Tapi semestinya resipi dari Opah. Nanti Mummy share resipi. Bahan-bahan pelengkap laksa dan juga foo-chuk

Laksa pula Mama Oya outsource je dari Mak Der (kakak Mummy). 

KFC pon ada lagi.

Laksa + KFC adui adui. Kenyangnyer

Kek span coklat ganache ni pon Mama Oya outsource jugak dari Mama Der. Kek ni sedap sangat addictive makan. Makan sekali nak lagi. Sekejap je abis. Nyum nyum...

Caption: Happy Birthday Darling...18 years yours. May our luv continues 4ever. Muahhhzzz
Wah...gitu...18 years of marriage. They have their ups and downs. Tapi Alhamdulillah sabar mengharungi bermacam-macam rintangan and most importantly they have 3 anak yang comel dan pandai. Terima kasih to Pak Nek dan Mama Oya yang sangat baik hati menjadi penderma kambing berjaya untuk Aqiqah El Qashrin Qaisara dan juga extra-extra duit yang diberikan pada Mummy. Rasa macam beribu-ribu jugak. Terima kasih anggap Qashrin macam anak korang sendiri. Kekekeke. Didoakan semoga semakin kaya raya. Hahahaha......Happy Birthday to Youuuuuuu..........(Qashrin dok nyanyi lagu ni tak henti-henti semalam)
p/s: Dengar khabar Pak Nek nak sponsor the whole family pergi bercuti ni. Tak tahu jadi ke tak. InsyaAllah.

Alhamdulillah..semalam betul-betul kenyang. Hati Mummy paling gembira sebabnya apa? Sebelum majlis bermula, Qashrin dah minum susu. Lepas tu dia makan 3 keping cake, satu popiah abis (feveret dia ni), ayam kfc drumstik pon abis dan mashed potato lagi. Sampai jegang la perut dia. Hahahaaha. Malam balik rumah pon minum susu lagi. Happy sangat bila dia nak makan banyak macam ni. Appetite dia dah mula balik macam dulu. Syukur sangat-sangat. Ada gambar family Pak Nek, Mama Oya serta 3 orang anak mereka tapi dalam iPad ler pulak. Qashrin pun join sekali. Dah macam ada anak bongsu mereka pulak. Qashrin ni memang manja sangat. Takde siapa pon berani marah dia melainkan Mummy ni. Bukan tak berani, semua orang TIDAK AKAN marah Qashrin. Ntah kenapa...sayang sangat mereka pada Qashrin. Yerlah Qashrin ni kan one in a million case gitu. Hahahaha. 

Setiap hari ada je makan-makannya pon. Program diet memang terhenti dah lama sangat ni. Tak tahu bila nak ON balik. Takperlah janji hati happy.............

Xoxo,
Mummy Akmar