26/02/2013

Sambutan Tahun Baru Cina Pusat Anak Permata Negara Bercham 2013

Cerita kali ini adalah sambungan dari entri sebelum INI. Saja nak cerita lebih details majlis pertama yang Mummy dan Qashrin terlibat. Mummy terlibat bersama ahli jawatankuasa yang lain seperti catering, khemah, kek untuk sambutan hari lahir, kos dan lain-lain. Ntah macamana, Mummy adalah orang yang perlu memastikan catering dan kek disediakan sebaiknya pada hari majlis akan berlangsung. Alhamdulillah, apa yang ditugaskan dapat dilakukan dengan baik. Dan tak lupa juga, Mummy dapat mencari sponsor atau penaja wang untuk bantuan kos catering sebanyak RM150.00 Alhamdulillah.....


Baiklah, takyah cerita panjang-panjang. Jom kita tengok gambar-gambar di bawah: 

 My little girl in Cheongsam. So cute. Siap make up lagi. Bersiap di rumah abang Mummy sebab nak bawak sekali Maisarah dan Azran...

 Kami sampai agak awal dalam 7.40mlm. Yang hadir hanya famili Mummy, famili mama Ashika dan juga sekuriti. Azran sangat excited sampai ke belakang di buat rondaan. Hehehe

 Bersemangat sangat ni. Sampai ke papan kedua terus patah balik. Hahaha

Kak Maisarah dan Abang Azran pon join sekali nak tengok Qashrin nanti.

Menu dari Catering adalah nasi goreng cina, bihun goreng, ayam goreng rempah, cream caramel, air panas dan air sejuk. Yang lain pula dipenuhi dengan kuih-muih, buah-buahan, roti jala, puding dan macam-macam lagi yang dibawa oleh ibu dan bapa masing-masing. Untuk Mummy pula, kitaorang berkongsi dengan 4 orang mama yang lain untuk sponsor satay.

Pada hari persembahan untuk Sambutan Tahun Baru Cina, Qashrin buat perangai, mungkin sebab dia ada sedikit selesema. Dia menangis-nangis nak berkepit dengan Mummy. Adoihai. Drama sangat. Terpaksa Mummy berlari-lari menjauhkan diri. Biarkan dia di dalam bersama cousin dia. Menangis-nangis dia nak kan Mummy. Mummy pula terpaksa menyorok di luar. Kesian pon ada. Tapi tak sampai 5 minit dia pun diam. Cikgu dah kumpulkan anak-anak ni di hallway nak ke dapur tu. 

 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi dan juga Ketua Pendidik. Lepas tu anak-anak ni keluar mengikut barisan. Qashrin macam biasa buat muka yang paling blur..
Pic: From Mama Ashika

Dah mula persembahan, dia jadi membatu keras. Hahahaha Kelakar. Mata dia melilau cari Mummy. Walaupun dia keras macam kayu atas tu. Nasib baik dia bukan peserta kena undi keluar. Tak sangka dua orang anak cina terpaksa keluar kerana menangis-nangis nak kan mama diorang. 
Pic: From Mama Ashika.

 Gambar ni Mummy snap pakai iPad. Nasib iPad punya cover macam buku boleh lah  menyorok. Mama Qistina dah cakap "ma, Qashrin dah mencari-cari ko tu. Mata dia mencari-cari". Mummy tergelak jelah. Dia memang berdiri je. Dekat rumah siap menari lagu Nobody tu, ending pon boleh buat Gong Xi Fa Chai. Mesti dia malu sangat, lebih-lebih lagi ada Mummy sampai menangis. Mulalah dia buat perangai. Sabar jelah Qashrin. Makin besar, makin terserlah perangai dia tu dan juga malu-malu melampau. Anak-anak lain rileks je menari ikot arahan Cikgu.

 Sebelum makan tu, ada seorang Ayah pasangkan mercun papan. Kuat betul bunyi nye.

Sebelum makan pula, diraikan pula harijadi anak-anak Permata dari bulan January hingga April. Sponge cake covered with fresh cream. Nyumss...

Temanya semua kena pakai warna merah. Mummy pakai jubah Indonesia warna merah sebab itu je yang ada. Hahaha....Lepas abis persembahan dia, Qashrin terus lari ke Mummy peluk Mummy. Seronok ler tu dapat berkepit dengan Mummy. 

Itulah ceritanya sepanjang majlis diadakan. Waktu menjamu selera, Qashrin takde pulak nak buat perangai apa pun. Makan pun banyak, lepas tu Maisara dan Azran lepas makan terus mereka pergi tempat playground main pasir bersama Qashrin dan anak-anak yang lain. Kami semua dapat bungkus makanan yang berlebihan untuk di bawa pulang. Penuh tangan ni membawa makanan dan buah oren. Nak letakkan dalam kereta, Qashrin pulak dah bersin berkali-kali dan ajak Mummy balik. Tengok jam dekat pukul 10 malam., terus Mummy bawa mereka balik. Alhamdulillah semuanya nampak seronok menjamu selera pada malam tu.

Jom tengok video yang Mummy rakamkan guna iPad. Tak lama pon rakam. Qashrin mengeras membatu muka menahan menangis, mata mencari Mummy. Hahahaha....






Xoxo
Mummy Akmar