08/02/2013

Restoren Caterbest Ipoh Di Tanggung Halal

Morning dolls....Lamanya tak update blog ni. Keadaan agak busy sedikit. Bila nak update blog tu asyik ada je menda lain nak buat. Biasalah nak menguruskan diri, kerjaya dan juga anak. Menguruskan famili kecil ni pon tercungap-cungap. Tapi masih bersyukur kerana masih boleh menjalankan tanggungjawab yang terbaik bagi Qashrin. Alhamdulillah.

Nak cerita sikit. Bagi sesiapa yang sukakan masakan ala Cina atau chinese style cooking ni. Mummy nak rekemen satu Restoren yang menjadi pilihan keluarga Mummy di Ipoh ni. Iaitu Restoren Caterbest Ipoh menyediakan masakan cina yang halal dan sedap. Jom tengok menu pilihan Mummy.

Restauran Caterbest Sdn. Bhd. 
Semua makanan ditanggung halal. Dekat je dengan rumah Mummy.

 Dimulakan dengan shark fin's soup. Makan panas-panas memang sedap. Supnya pekat, terasa isi ikan didalamnya.

 Dried Chillie Chicken. Rasa manis, masam dan cili kering tu takde lah rasa pedas sangat. Ayamnya lembut. Nyum...

 Assam Curry Fish Head yang sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. Rasa pedas dan masam sangat sekata. Ada bendi dan tofu kering. 

 Butter prawn yang ranggup, isi udangnya manis dan segar. Sedap sangat.

Kailan Beef ini pula pertama kali Mummy makan. Kailan ini adalah baby Kailan dari Cameron Highland. Sangat ranggup dan manis dan memang sedap di makan dengan daging tenderloin tu.

Menu yang paling Qashrin suka tu butter prawn, sayur kailan ni dan juga dried chili chicken ni. Laju je dia makan. Suka Mummy tengok. Pada yang rasa mahukan kelainan dan ingin merasa masakan ala cina ni boleh lah pergi ke alamat di bawah ni:

Restauran Caterbest Sdn. Bhd
No. 74 (Jalan Bercham,
31400 Ipoh
Perak


Xoxo
Mummy Akmar