27/02/2013

Resipi Seafood Spaghetti Aglio Olio

Holaaa, kali ini nak berkongsi resipi yang menjadi feveret Mummy. Nyum nyummmm...(siap ada sound effect lagi) Kekeke....Selain dari spaghetti bolognese, Mummy juga peminat pasta Aglio Olio. Mummy masak ni pertama kali sebab selalunya makan di kedai. Terakhir kali makan di Delicious Mid Valley. Teringin sangat nak makan lagi, hari Selasa malam Mummy masak ni untuk dinner. Memang sedap!!!


Apa maksud Pasta / Spaghetti Aglio Olio? 
Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino (dalam bahasa Itali) ini adalah sebenarnya bermaksud spaghetti dimasakkan dengan bawang putih, minyak zaitun dan lada cili. Ia adalah satu hidangan pasta Itali tradisional yang dikatakan berasal dari rantau Abruzzo dan menjadi popular di seluruh dunia. 
Biasanya sos spaghetti ini dibuat dengan menggoreng bawang putih yang dihiris atau dicincang dalam minyak zaitun, dan ditambahkan dengan cili kering merah berserta pasli dicincang halus untuk penambah perisa dan hiasan. Ada juga dihiaskan bersama-sama parutan Parmesan atau keju Pecorino walaupun resipi tradisionalnya tidak perlu ditambah.


Resipinya simple sangat seperti dalam pengertian maksud Aglio Olio tu. Untuk menjadikan ia lebih menarik, ditambahkan pula makanan laut. Memang sedap. Resipi kali ini Mummy buat untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Nak masak resipi ni simple sahaja. Banyak bahan yang boleh ditambahkan mengikut citarasa anda. Jom tengok dan cuba resipi yang Mummy nak kongsikan ni.


 Bahan-bahan:

1/4 cup Garlic Infused Olive Oil 
(nak beli extra virgin olive oil pun boleh, Mummy beli ni untuk Opah senang dia nak masak dah ada bau garlic dan Tesco tengah buat promo RM9.90 je)

2 biji bawang putih 
(Mummy pakai 2 biji sahaja sebab minyak tu dah ada bau bawang putih, kalau yang pakai EVOO biasa tu tambahkan lagi bawang putih tu, lebih pon takpe. Lagi lebih lagi sedap)

1/2 biji jus lemon

5 biji cherry tomato dibelah dua 
(kalau taknak pun takpe, penambah warna)

Fresh course black pepper 

Dried Parsley 
(boleh guna yang fresh lagi bagus)

1 paket Chilli flakes
(Mummy pakai Pizza Hut punya je, 1 paket dah cukup sebab dah sekata pedasnya)

1/2 bungkus spaghetti

1/2 kiub ayam maggi 
(Ini rahsia Mummy me-Malaysiakan resipi ini, takpayah letak garam. Kekekeke)
Cara-caranya:

1. Masakkan spaghetti dalam air mendidih. Masakkan pasta tu mengikut arahan jenis pasta anda. Toskan spaghetti dan jangan buang airnya. 

2. Dalam kuali, letakkan minyak zaitun sejuk tanpa menunggu minyak panas dan terus masukkan bawang putih. Biarkan masak hingga garing. Sebab kita nak bagi minyak tu berbau bawang putih.

3. Masukkan udang dan sotong hingga bertukar warna tetapi jangan terlebih masak. Sambil tu masukkan sikit lada hitam untuk perisakan makanan laut tu. Setelah masak, keluarkan udang dan sotong, letakkan di dalam pinggan dahulu.

4. Minyak lebihan dalam kuali yang sedia ada tu, masukkan jus lemon dan masukkan kiub ayam. Masak seketika. Masukkan spaghetti tadi dan air rebusannya sedikit dalam suku cawan supaya spaghetti tu tidak terlalu kering. Masukkan pula lada hitam dan parsley mengikut tahap kesukaan anda dan juga chilli flake. Dan kacau

5. Akhir sekali masukkan cherry tomato dan udang sotong yang dimasak awal tadi, masak seketika dan gaul sebati. 

p/s: Masakan ini adalah untuk separuh bungkusan spaghetti. Kalau nak masak banyak, double-kan sukatan bahan-bahan

Inilah hasilnya. Habis sekuali. Makan panas-panas memang sedap. Sebelum hidang, taburkan parsley sekali lagi untuk nampak lebih menyelerakan. 

Selamat mencuba!!

Xoxo
Mummy Akmar