02/02/2013

Resipi Homemade Roti Canai Sedap Dan Mudah

Baru-baru ini, kami ingin tukar selera. Teringin nak makan roti canai yang sedap dan mudah untuk disediakan oleh sesiapa sahaja pun.

Kali ini Mummy akan ajar step-by-step membuat roti canai sedap dan mudah untuk dibuat oleh sesiapa pon. Nak mencanai ni pun kena ada skill. Bukan canai macam mamak tu, tapi canai cara lain iaitu cara Mummy style gitueww. Hehehe. Okay jom tengok cara-caranya di bawah.


Ini doh roti canai yang siap dibancuh oleh kakak ipar (mama oya) dan Opah dirumah Opah dengan menggunakan mesin hobart tu. Takdela lenguh tangan mengguli doh roti canai ni. Dah siap dibancuh tu, sapukan banyak-banyak marjerin disetiap ketul roti canai tu. 

Resipi
1 kg tepung
1 tablespoon susu pekat
1 teaspoon garam
Air sejuk
(Mula pakai 1 cawan kecik. Agak-agak sehingga doh tu boleh diuli sempurna)
Tips Roti Canai Gebu

Cara-cara:
1. Bancuhkan air sejuk, garam dan susu pekat. Air tu jangan letak banyak sangat. Bancuh dulu, kalau terkurang boleh tambahkan air kosong sahaja waktu menguli nanti.
2. Letakkan bancuhan air tadi dalam tepung dan diuli sehingga dapat doh roti macam gambar di atas.


Dah siap dibancuh di rumah Opah tadi, terus sahaja bawak doh tu dibiarkan rehat dari pagi hingga ke petang sebabnya menu roti canai homemade ni untuk dinner. Inilah gambar model roti canai kita tu. Asyik dengan gaya Korean Style dia tu haaaa. Okay papan pencanai ni, Opah beli dari IKEA dulu, memang sesuai nak buat canai atau menerap kueh. Di bawah papan kayu yang boleh berpusing ni, kitaorang letakkan periuk nasi untuk bagi dia tinggi sikit.

Ambil satu doh roti canai. Lenyekkan menggunakan palm yer bukan jari. Bila dah besar pusingannya baru gunakan jari matikan hujung-hujung doh tu. Errrr..camne nak explain sampai mati-mati ni. Kekekekek

Ratakan roti sampai jadi macam tu. Itu dia 2 penuntut roti canai menuntut ilmu membuat roti canai dengan Masterchef Opah. 
p/s: Gambar terpaksa hitamkan sebab Opah tak bertudung dan pakai t-shirt nampak tengkuk pulak tu. Atas permintaan Opah, terpaksa hitamkan semua. Nak hitamkan sikit dekat rambut nampak pelik pulak. 

 Bila dah ratakan roti tu, tarik roti dari tengah sampai ke tepi dengan gaya macam mengipas ngipas doh roti tu. Dengan cara mengoyangkan doh tu sambil menarik ke bawah. Paham ke? Hahaha 

Bila dah tarik setiap penjuru tu, jadi la doh roti canai ni tertarik di setiap hujung. Yerlah nak canai roti macam dekat kedai mamak tu tak tahu pulak. Letakkan minyak ditengah-tengah roti macam di kedai tu.

Dari kedudukan doh yang ditarik di atas tu, lipatkan disetiap penghujung sehingga jadi macam kain basahan. Eh? Hahah Camne nak explain ni. Rasanya korang boleh agak kan? 

 Penghujung yang satu digulung macam di atas sehingga lebih separuh dan lagi satu pon sama tapi arah bertentangan. Tindihkan doh tu macam gambar di bawah ni
Kalau nak letak telur. Lipat macam baju empat segi tu. Sebelum tu pecah telur dalamnya. Lipat masukkan ke kanan dan ke kiri.

Taraaaaa...Jadilah macam ni. Paham kan? 

Ini lah hasilnya. Opah buat satu sahaja. Yang lagi 9 ketul tu, Mummy yang buat. Mama Oya sambung lagi 4 sebab dia tengah masak gulai kari ayam spesel katanya. Biarkan rehat seketika doh ni.

Apabila masa nak mengoreng tu, tekankan doh tu sehingga dapat bulatan macam ni dan goreng.

Inilah hasilnya dalam kuali panas-panas Mummy snap gambar. Angkat roti canai panas ni, jangan lupa kepuk-kepuk macam dekat kedai tu. Baru la layanzzzz.

Lepas tu makan dengan kari ayam pekat-pekat macam ni. Nyumssss! Om nom nom! Memang terbaik......

Senangkan nak buat roti canai dirumah. Bagi pelajar-pelajar atau famili yang tinggal diluar negara tu kalau teringin nak makan roti canai versi Malaysia ni, boleh je buat sendiri macam ni. Resipinya mudah dan simple je nak buat tak banyak bahan. Yang penting ada papan pencanai macam di atas untuk mencanai gaya macam ni. Kalau masak banyak-banyak, masak half cook dan simpan dalam peti ais. Jadi roti canai segera yang boleh disimpan untuk makan hari lain pula. 

Kenyangnya makan roti canai. Mummy makan 2 keping berkongsi dengan Qashrin. Sehingga menjilat jari. Heheheheh.....Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar