08/02/2013

Pre-Gong Xi Fa Chai Dinner Di Royal Golf Club Ipoh

Gong Xi Gong Xi....makan lagi uolls. Hari Rabu di Restoran Caterbest, hari Khamis semalam makan di Royal Golf Club. Apakecerita nak diet ni? Tulah, topik diet dah tak relevan. Kekekeke. Blog ni dah jadi blog makanan pulak asyik dok update cerita makanan je kan. Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat kepada Allah.


Semalam kami makan malam di Royal Golf Club. Tak plan pon. Tiba-tiba abang Mummy suruh siap-siap makan di sana. Qashrin lah paling excited. Dia memang suka pergi tempat camni. Tapi dia akan sebut Ipoh Club jugak. Kekekeke.....

Gong Xi Gong Xi....... 

Sampai-sampai je, Qashrin pulak request nak makan dekat dalam. Nak kan air-cond dan panas katanya. Amboi kecik-kecik dah pandai request. Mummy pergi dengan Opah, Mama Oya dan dua anaknya. Dah masuk hall besar ni, Qashrin dan Azran memang akan berlari-lari tanpa batasan punya. Dah la dua-dua ni baru je baik demam dan selesema. Hmmm..nasib tak serius. Dah okay dah...Takper biarkan diorang berlari supaya berpeluh. 

Menu semalam ala-carte je. Fish & Chips untuk Opah, Mama Oya pula makan Kuetiow Goreng Penang, Maisara pulak order Mee Sanggul Wan Tan Hor dan Mummy pula makan Creamy Spaghetti Carbonara with Turkey Ham. Kenyang sangat sebab big portion semua menu. 

 Nyummy...

Mixed fruit and vege drink share dengan Mama Oya sebab gelas besar ni. 

Alhamdullilah. Semua kekenyangan. Qashrin pulak siap mintak susu lagi sebelum tidur. Nasib baik selesemanya dan demam dah takde. Rabu tak ke sekolah, Khamis pon tak kesekolah. Hari ni Jumaat walaupon dah sihat. Pandai pulak cakap dekat Mummy "mi ada demam lagi, selesema, batuk. Ichin taknak pergi school". Taknak pergi sekolah lah tu. Takperlah. Bagi dia rehat dulu. Demam dan selesema dia pon dah takder pun. 2 hari je. Syukur sangat sebab cepat dia pulih. 

Pada yang kerja hari ni, selamat bekerja!! Dan dikesempatan ni, Mummy nak ucapkan Gong Xi Fa Chai pada yang menyambutnya dan Selamat Bercuti...........

Xoxo
Mummy Akmar