25/02/2013

Penuh Aktiviti Hujung Minggu Dengan 3 Majlis

Assalam dan selamat sejahtera semua. Bagaimana dengan hari anda hari ini? Biasalah hari pertama kerja selepas cuti hujung minggu tu memanglah enjin tu slow sikit. Takper, meh baca blog Mummy ni nak panas-panaskan badan tu. Ehehe. Hujung minggu lepas, dari hari Jumaat sehingga Ahad malam tadi penuh dengan jadual menghadiri majlis. Ada satu majlis sambutan Hari Jadi anak kawan terpaksa Mummy batalkan sebabnya, rasa penat pulak sebab malam tu ada wedding dinner. Dah rasa macam Menteri pulak. Hahah Gitueww...Feeling-feeling jadi Menteri. Kekekeke. Saja melawak. Jom tengok sinopsis aktiviti Mummy bersama Qashrin sebelum Mummy buat entri penuh tentang majlis-majlis yang Mummy hadiri. 

 Dari kiri: Anisah kot namanya tak berapa ingat, Qashrin, Michelle, Qistina, Ashmita, sorang lagi yang berstokin putih tu pon tak tau nama apa, last sekali Ain.

Hari Jumaat (22/02/2013) malam lepas diadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Pusat Anak Permata Negara Bercham. Malam tu Qashrin telah membuat persembahan pertamanya bersama kawan-kawan dia. Inilah Cheongsam yang Mummy belikan untuk anak-anak Permata ni. Cutekan? Seorang yang pakai baju biasa tu mungkin dia tak datang sekolah dan cikgu tak dapat bagi baju tu. Lagi seorang pula tidak hadir. Bagi Qashrin pula dia memakai Cheongsam jenis lain sebabnya design yang tu dah abis. So, terpaksa beli design lain 2 Cheongsam yang sama design. Baru Mummy paham kenapa cikgu bagi anak yang sebelah kanan sekali tu baju sama dengan Qashrin sebab dia anak Presiden dan Qashrin pula anak Naib Presiden. Make sense? Hehehe...


Pada hari Sabtu (23/02/2013) malamnya pula majlis perkahwinan anak Raja Zamani iaitu beliau adalah family's friend kepada family Mummy. Memang rapat dari kami kecil. Boleh dikatakan, lapan adik beradik Mummy kawin memang uncle and auntie akan datang termasuklah wedding Mummy sendiri dulu. Ini adalah majlis perkahwinan anak perempuannya Y.M Raja Irma Hanie dan Y. Bhg Wan Amirul. Pengantin perempuan ni memang dipanggil dari kecik dengan nama timangan manja. So, Mummy panggil dia Kak manja. Heee~. Teringat kembali masa wedding adik bongsu beliau di Heritage Hotel, Mummy sedang kandungkan Qashrin dalam perut. Aduh, lama jugak nak menunggu waktu makan kerana penuh dengan istiadat dan protokol kerabat di Raja. Qashrin dah menendang-nendang nak makanan. Uh..How time flies!! Kiranya 2 tahun lepas dah. Berbeza pula untuk wedding Kak Manja, waiting time tak lama walaupun dengan keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir Perak dan isteri malam tu.


Pada hari Ahad (24/12/2013) pula, iaitu semalam lah ni. Dapat jemputan untuk Majlis Malam Amal Harmoni Kasih yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak. Aih..tak sangka, bertemu lagi dengan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir Perak lagi. Ada jodoh ni.... Heee~ Majlis tersebut bertujuan mengumpul dana untuk Persatuan. Separuh dari meja-meja di dalam hall dijual kepada ahli korporat dan juga syarikat-syarikat di Perak ni. Alhamdulillah dapat jemputan. Acara malam tu memang menarik dengan persembahan nyanyian, tarian, fashion show dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah, Mummy menang cabutan bertuah. Semalam, majlis berakhir agak lewat. Mummy sampai rumah pun dalam pukul 12 malam. 

Penuh aktiviti hujung minggu lepas. Hari ni pun mata mengantok sangat tapi gigihkan juga ke pejabat. Qashrin pon mengantok tunggu Mummy pulang. Okaylah uolls, nanti Mummy berkongsi cerita secara details di entri yang lain. 

Xoxo,
Mummy Akmar