02/02/2013

Mummy, Mana Papa Ichin?


Setiap institusi keluarga yang lengkap dapat membantu dan mendorong pembesaran dan perkembangan anak. Keluarga yang dimaksudkan adalah yang mempunyai seorang ibu, seorang bapa dan anak-anak. Bagaimana caranya nak menjawab apabila anak bertanyakan tentang bapanya sekiranya anda sudah tidak bersama suami, sama ada bercerai atau kematian.

Mummy percaya ramai ibu tunggal yang masih terasa satu bebanan bagi mereka sekiranya anak-anak mereka menanyakan tentang bapa mereka. Bebanan ini lebih kepada bebanan emosi yang mana boleh memberi tekanan perasaan. Begitu juga dengan Mummy sendiri. Pernah baru-baru ini, Qashrin mengutarakan kehendaknya, suatu ketika kami sedang menonton televisyen pada waktu malam:

Qashrin: Mummy, mana Papa Ichin?
Mummy: Saja Mummy tunjjukkan iklan di TV untuk menarik perhatian dia.
Qashrin: (Dia bertanyakan lagi soalan yang sama tapi dengan kata yang lain) Mummy, mana Abah Ichin?
Mummy: Kan Qashrin cakap Abah ichin dah hilang...hilang di laut.
Qashrin: Abah ichin ada lah dekat tempat makan tu. Ada Papa, ada baby kecik... (Dia teringatkan waktu tahun lepas kami berbuka puasa bersama kawan-kawan Mummy). Itu bukan Abah dan Papa Ichin..Tu kawan Mummy!!
Qashrin: (Suara dah bertukar sedih) Iyerrrrr...Itu Papa Ichin.
Mummy: Kan Abah Ichin dah hilang..hilang dalam laut
Qashrin: A ah...Abah Ichin dah hilang..dah takde..dah mati.
Mummy: (Terkejut Mummy bila dia sebut perkataan MATI)

Memang inilah situasinya. Anak meningkat besar dan boleh nampak perkembangan mindanya yang semakin ketara walaupun Qashrin berumur 2 tahun lebih. Perasaan ingin tahu dan miliki itu serta sudah mula memahami. Bagaimana Mummy mengatasi masalah ini? Seringkali lepas sahaja balik dari pejabat, Mummy dan Qashrin akan tengok cerita Upin dan Ipin. Dan Mummy mendapat satu idea untuk memberi contoh terbaik bagi Qashrin. Walaupun dia tidak pernah tahu dan kenal siapa bapa kandungnya, dia masih ada perasaan nak tahu di mana bapa nya. sampaikan soalan seperti itu di ajukan. Mungkin dia tengok saudaranya yang lain memanggil-manggil "Papa". Adakalanya, Qashrin terpanggil pakcik saudaranya (abang Mummy sendiri) dengan gelaran Papa. Sebab itu keadaan ini membuatkan dia sendiri tertanya "Mummy, mana Papa Ichin?". So, pada keesokkannya, Mummy pon bersembang dengannya.


Mummy: Qashrin, cuba tengok citer Upin & Ipin ni....Upin & Ipin takde Mummy takde Abah. Sian diorang. Upin & Ipin tinggal dengan Opah dan Kakak je langsung takde Mummy. Ichin ada Mummy je takde Abah. Upin Ipin lagi kesian sebab takde dua-dua...takde Mummy takde Abah.
Qashrin: (Terus tarik bantal busuk dia dan cium buat muka sedih) A ah siannya Upin Ipin, takde Mummy takde Abah...Ichin ada Mummy ada Opah macam Upin Ipin. Abah Ichin dah mati dalam laut. (Nama Opah pon dia sebut dan anggap Opah ini orang yang penting dalam hidupnya)
Mummy: A ah, Upin Ipin takde Mummy takde Abah. Tapi.....Ichin kan ada Mummy..(sambil peluk dia)
Qashrin: Tersenyum......

Yup itulah cara paling terbaik buat masa ini untuk mengajar Qashrin yang dia tidak punyai Bapa. Mengambil contoh paling senang iaitu kisah si Upin & Ipin. Tapi tertanya jugak, mana pergi Ibu dan Bapa Upin Ipin? Memang dua-dua dah meninggal ke apa? Kekekeke...


Apa yang Mummy boleh lihat adalah, Qashrin dah mula ada perasaan memahami, sayang, marah, ingin tahu, sedih, gembira dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kalau dia nak minta sesuatu dan dilarang oleh Mummy, dia akan cuba buat muka dan suara raih simpati seperti "Mummy nak coklat tu, sian ichin tak dapat makan coklat" Perkataan sian atau kesian tu dia akan gunakan bagi meraih simpati. Banyak lagi di saat-saat dia raih simpati adakalanya dia akan cakap "sian ichin, ichin takde abah". Hati ibu mana yang tak sedih bila melihat anak mereka begini. Tapi Mummy tahu Qashrin sangat tabah. Kalau tak, takkan Allah utuskan dia di muka bumi ni untuk menemani Mummy.

Jadi untuk ibu tunggal di luar sana. Ambillah peluang untuk memberitahu anak-anak anda tentang ini sekiranya soalan sebegini di ajukan. Upin & Ipin masih boleh bergembira walaupon takde Ibu dan bapa. Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan kisah Upin & Ipin ni. Ibu-ibu cuma perlu membuat pengolahan sedikit mengikut situasi yang bersesuaian dengan keadaan masing-masing. Bagi Qashrin, semenjak dia wujud dalam rahim, dia tidak pernah rasa kasih sayang seorang bapa hingga ke hari ini. Jadi, buat masa ini, pada pendapat Mummy, Upin & Ipin menjadi satu benchmark yang sangat terbaik.

Upin Ipin sangat gembira bersama Opah dan kakak mereka. Masih boleh pergi ke sekolah macam biasa, menjalani hidup seperti kanak-kanak biasa walaupon tanpa ibu dan bapa di sisi. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu ibu-ibu tunggal untuk mengatasi masalah yang sama seperti Mummy. Anda semua layak gembira bersama anak-anak walaupun tanpa suami dan seorang bapa kepada anak-anak anda.

Xoxo,
Mummy Akmar