27/02/2013

Majlis Perkahwinan Manja & Mirul Di Kinta Riverfront Hotel & Suites

Assalam dan selamat sejahtera semua. Mummy kini bersiaran di Hospital Pantai Ipoh. =( Adui.......Qashrin ni dari selesema terus ke batuk kuat dan demam pagi tadi. Tanpa pikir panjang, keputusan Mummy nak memasukkan dia ke Hospital adalah yang terbaik untuk dia. Menurut Doktor, dia perlukan nebulizer untuk batuknya. Memang boleh diberikan ubat, tapi Mummy terpaksa ulang alik untuk dapatkan nebulizer di klinik sehari 4 kali. Buang masa dan kos. Terus lah di Hospital kami dua beranak. Dari malam Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Permata tu, Qashrin dah bersin berkali-kali dan dah selesema. Mungkin sebab dia makan ais krim, terlalu makan gula-gula, minuman berais dan macam-macam. Alergik pon boleh jadi. Bersabar jelah....Pening nak fikir puncanya. Dia ni sangat sensatif. Hmmmm.....Hospital Pantai ni dah macam rumah No 2 kami je dah rasa macam Hotel pon ada. =(


Disebabkan keboringan dan Mummy bawak laptop sekali ke Hospital ni. Dapatlah Mummy update cerita-cerita di blog ini untuk kenangan. Seperti posting sebelum INI, Mummy dan keluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan Y.M Raja Irma Hannie Bt Y.M Raja Mohd Zamani dan Y.Bhg Wan Amirul Nizam yang diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suites. Majlis ini amat berseri dan indah dengan kehadiran Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir dan isteri.

Entri kali ni takde apa pon sangat. Saja nak masukkan gambar untuk kenangan dan gambar makanan je. Majlis kali ini waiting time tak lama sangat berbanding adiknya Y.M Raja Julia dulu. Jenuh jugak nak menunggu waktu makan, bukannya apa, Mummy time tu tengah kandungkan Qashrin. Biasalah laporrr memanjang. Majlis pada waktu itu penuh dengan adat-adat berpantun dan story telling kerabat diRaja ni kalau tak silap. Dah lupa sebab dah dekat 3 tahun yang lepas. Ntah, taktahu lah sama ada Aunty tahu ke Mummy dah bercerai waktu tu. Jenuh Aunty peluk cium Mummy time tu. Ntahlah I don't know...

Uncle dan Aunty memang rapat dengan parents Mummy. Dari kecil kami dulu berjiran. Dan pernah Opah babysit anak mereka. Yerlah, dua-dua pon bekerja. Uncle ni berjawatan besar dalam Polis Di Raja Malaysia. Rasanya Ketua Bahagian Jenayah ke Narkotik kot. Errk..Hahah tak pasti, pakai main petik je Mummy ni. Tapi dia memegang jawatan yang tinggi. Tapi bila dah besar, walaupun masing-masing dah pindah, kami masih berhubung. Bukan Mummylah, tapi Opah dan Atok (parents Mummy).  Hehehe...Jom tengok gambar...

 Menunggu Opah dan Atok sampai. Konfiden Azran pakai selipar, Maisara pakai kasut ala-ala Avril Lavinge. Alasan, "tak tahu wedding di Hotel"..Ah..takpelah, asalkan korang gembira. Hehehe

Semua berdiri ketibaan DYAM Tuanku Raja Dihilir.

Meja kami, Mummy pilih belakang sekali takot karang Qashrin buat hal. Macam-macam perangai dia, baca doa lepas makan kuat-kuat ikot sekolah dia sewaktu kami tengah dengar Ustaz baca doa, menari-nari. Paling panik dia lari ke depan sampai skrin besar tu. Aiyooo...

 Adakalanya dia duduk dengan aman dan tenang.

 Pengantin nak naik pentas.


 Menu kami...

 Bismillah....

 Okay makan dengan tenang..Bagus-bagus...Hahhaa

 Keberangkatan pulang DYAM Tuanku Raja Dihilir...Ampun Tuanku...

Pasangan Raja Sehari

Nak balik dah dalam lift. Ter-ON flash. Hehehe

Balik rumah dah kekenyangan, mata pon mengantok sangat. Qashrin memang makan banyak jugak. Sup tu dia hirup pakai angkat mangkuk sekali. Ish Ish...malu please! Hahaha....Balik rumah mintak lagi kek dapat dari buah tangan dari majlis perkahwinan tu. Makan je budak kenit ni tapi badan tetap maintain.............

Xoxo
Mummy Akmar