13/02/2013

Hari Terakhir Cuti Chinese New Year BBQ

Yuhuuuuu......Nak update cerita last day cuti Chinese New Year hari Selasa semalam. Dari tenghari kami berkampung di rumah Mak Der (kakak Mummy). Lunch kami simple sahaja. Ikan talapia yang besar goreng kunyit makan dengan cicah air asam dan kari ikan bendi. Bunyi simple kan..Tapi sedap ler pulak. Hahaha...


Dah lunch tu kami tonton pulak cerita saiko Biarlah Rahsia di Astro Ria. Semput please!! jantung Mummy tengok cerita ni. Satu keluarga sebenarnya ada masalah MENTAL! Dah berapa wanita dah terkena dengan mereka ni. Dah ter-saiko serta sentap sebab ending cerita ni sangat saiko. Walaupun tersaiko, kena mula tolong kakak buat persiapan. Banyak jugak menda dah plan tapi tak jadi. Antaranya onion ring yang segera tu dah abis. Dan juga fresh cream dah tersalah beli jenama lain. Bila dipukul tak mengembang. Terus tutty fruity cake bertukar jadi coklat ganache toppingnya. Tak kisahlah, kek tu tetap sedap. Licin abis, sampai berebut-rebut. Jom kita tengok gambar-gambar di bawah....

Bakar arang sampai betul-betul jadi bara. Barulah ayam panggang tu tak jadi macam hangus tapi tak masak di dalam

 Dah siap-siap mandi, maid kakak Mummy bentangkan tikar, masing-masing baring dengan bantal depan bara. Hahaha...

Apa punya posing la tu si Qashrin ni. Pening masalah negara ke apa? Adui-dui.....Qashrin memang tak tidur satu hari. Dari tenghari duk main dalam porch rumah sampai ke malam. Balik rumah macam panas pulak suhu badan. Bagi sekali ubat demam, nasib hari ni dah okay. Risau betul lah...

 Coleslaw disediakan oleh kakak Mummy

Potato salad ni Mummy yang sediakan. Nyumms. Senang je nak buat ni.

Potato wedges beli je dekat Tesco tu. Goreng makan dengan mayonnaise di campur thousand island sos dan juga cili sos.


Spaghetti Angel hair ni pilihan kakak Mummy. Kuahnya pula Mummy yang masak. Seperiuk besar, boleh cepat abis. Agaknya sedap kot. Hahaha *puji masakan sendiri* =p

Cake sponge dengan chocolate ganache ni. Walaupun dia tak cantik tapi rasanya sedap. Anak buah Mummy tak abis mengunyah lagi dah ready 2 keping tepi mulut. Ahaaa...kehebatan cake ni jangan uolls taktahu. Hahaha

Bara dah sedang membara tu. Apa lagi letakkan ayam yang dah di-marinate berjam-jam tu. Yang putih hujung di sana tu ayam Opahnya. Di perap dengan dried ingredients je. Opah takleh makan sos-sos ni kan ada gula. Comel pulak tengok mini bbq pit ni. Jangan underestimate kebolehan dia sebab boleh memanggang 20 drumstik dan 20 wings. 

Ini antara hasil ayam tu. 

Makan lagi. Itu jelah kerja Mummy. Hahaha....sama lah dengan Qashrin asyik makan je. Kenyang betul hari tu sampai ke malam. Balik tidur lena. Esoknya dah nak kerja iaitu hari ni lah kan. Hahahaha Pening uolls membaca kejap hari ni kejap hari semalam. Yerlah sekarang baru dapat update blog memalam gini atas katil. Tadi dekat office line internet macam very der slow. Takdapat nak menulis panjang lebar gini.

Okaylah uolls. Mummy dah ngantuk. Nak kiss-kiss dan hug hug Qashrin. Nite-nite.......

Xoxo
Mummy Akmar