11/02/2013

Cuti-Cuti Tahun Baru Cina Ke The Zon Suite Residence KL

Holaaa peeps. Lamanya tak update blog since Sabtu lepas. Rindu nak membebel dekat blog ni. Hehehe..Hari ini baru sempat nak update. Walaupun sebenarnya mengantuk sangat ni sebab baru lepas makan tenghari bersama famili.

Sabtu lepas, plannya nak ke Bukit Gambang or maybe Lumut or maybe Pangkor ataupun Penang nak bercuti-cuti. Banyak benor maybe nye kan. Macam short vaccay gitu. Tapi banyak tempat dah fully-booked. Pak Nek nak belanja cuti-cuti. Itulah bila buat plan last minute ni memang lah susah nak dapat bilik. Last-last kami ke Kuala Lumpur itu pun sehari je. Kami stay di The Zon Suite Residence. Yang pergi 2 famili abang, 1 famili kakak, Mummy, Qashrin dan Opah. Last minute punya plan. Semata-mata nak swimming.



The Zon Suite Residence ni memang jadi tempat pilihan famili Mummy kalau ke KL. Senang semua lengkap.  Tak pun PNB Darby Park. Selesa sebab kamikan ramai. 

On the way to KL. Dalam kereta, jenuh tak duduk diam. Kejap nak duduk depan kejap nak duduk belakang. Si kenit ni...

Syukur sangat perjalanan ke KL tak jammed langsung tapi kalau tengokkan ke arah utara bumper to bumper  tu. Sian tengok diorang bersesak-sesak. Kitaorang sampai KL pon dalam pukul 7 malam. Sebab nak decide tempat dan hotel. Jenuh call sana sini. Semua dah penuh. Kami ambil 2 suite apartment yang ada dua bilik setiap unit. Disebabkan Pak Nek dah sampai dulu, dia siap-siap beli ayam golek Pantai Dalam, tomyam, dan daging merah untuk dinner terus. Banyak tak sempat nak snap photo. Sebab tak cukup tangan. Gambar makanan di KL semuanya tak sempat nak snap.

 Partner in crime ni...kejap-kejap bilik Mama Oya kejap-kejap bilik Mummy.

Suka sangat dapat baby cot. Dia cakap "ichin baby lah Mummy". Siap buat suara baby yang tak tahan tu. Last-last tidur menyempit atas katil Mummy jugak.

Malam-malam dah tidur lambat. Semua dah lapar. Turun apartment kakak Mummy. Masak maggi memalam buta. 6 packet kami makan ramai-ramai dengan 7 orang anak buah. Makan sebelum tidur. Nak keluar pulak macam malas.


Malam tu takde aktiviti sangat. Apa yang kami buat, sembang-sembang, tengok budak-budak ni main game. Esok paginya, breakfast sama-sama dalam hotel terus swimming. Qashrin memang seronok la nak swimming. Kali ini dia macam kesejukan lelebih lah pulak sebabnya dia baru sahaja baik demam 2 hari tu dan selesema batuk tu ada sikit lagi. Bising mulut dia nak mandi tempat budak-budak tapi Mummy bawak dia dekat tempat dewasa. Mengigil lebih-lebih pulak. Tak lama pun swimming. Naik atas rehatkan dia. Bekalan ubat memang Mummy bawa. Terus bagi ubat demam, selesema dan batuk.

Bila nak swimming tu, rasa geram pulak. Bukannya apa.....rasa macam tak selesa sebabnya, ada seorang laki ni datang dengan wife dia. Tak kisahlah dia nak datang. Rasa macam tak selesa sebabnya, lelaki tu berjanggut panjang ala-ala Ustaz Azhar Idrus dan berkopiah. Bininya bertudung panjang. Lagi satu pulak, sorang pakcik ni. Dah tua jugaklah, sesampai je depan swimming pool tu ambil cermin mata nak menengok. Sebelum masuk dalam kolam ni. Adalah seorang cina ni pakai swimsuit agak seksi jugak. Geram betul bila pakcik berjanggut panjang tu tengok perempuan tu dari atas ke bawah. Motiffffff? Boleh tak, macam tak sesuai nak duduk di tepi swimming pool dengan kopiah tu. Nak cuci mata ke nak collect dosa ni. Takpahammmmmm..... Hishhhhh...terbantut Mummy nak masuk kolam. Hahahhaa..Tapi, buat taktahu jerlah.... Qashrin, Batrisyia dan Maisara dah jerit suruh masuk kolam cepat-cepat sebab diorang nak pergi ke kolam dewasa.

 Breakfast dulu sebelum swimming...

Budak-budak ni swimming lama betul sampai pukul 1 tenghari.

Ingatkan nak tidur 3 hari 2 malam. Tiba-tiba dah mis-communication ler plak. Apartment kitaorang duduk tu dah ada orang booking dan dah bayar untuk hari esoknya. Erggh...sakit hati. Bawak baju untuk 3 hari terus terpaksa check-out the next day. Uwaaaaaaaaa...Dapat tahu lepas lunch. Lunch pulak kami beli lauk nasi kandar Pelita. Dekat sangat sebelah hotel je. Ingatkan petang tu nak jalan kaki ke KLCC. Takde rezeki nampaknya. Balik ke Ipoh pulak agak sesak lepas saja Slim River. 3 jam jugaklah baru nak sampai.

Masa nak balik tu. Snap gambar dulu tepi air kolam ni. Qashrin dari swimming tadi tu tidur sampai kitaorang dah abis lunch baru dia jaga. 

Disebabkan semua macam sedih, yang paling sedih ni anak-anak buah Mummy ler. Diorang ingat nak swimming lagi petang tu. So, Mama Oya cakap malam hari Ahad tu jom Chinese New Year dinner di Royal Golf Club Ipoh. Haaaa...makan lagi!!! Sampai-sampai je Ipoh, rehat kejap. Dah nak siap-siap untuk dinner. Nantikan posting terbaru. Tak sangka rezeki Qashrin murah sangat. Main-main dengan anak cina tu dapat ang pow. Kekekeke.....Okaylah panjangnya bercerita kan. Ntah korang paham ke tak. Sebab tengah taip ni mengantok la plakkan sebab tadi lunch makan itik panggang dan juga ayam masak merah.

Xoxo
Mummy Akmar