12/02/2013

Chinese New Year Dinner Di Royal Golf Club Ipoh

Oh Noooooo! Hari ini dah hari Selasa? Terasa nak nangis lah pulak...Boleh? Sebab esok dah kerja. Hahaha....Nak update blog sementara cuti-cuti ni. Tengahari nanti nak pergi rumah Mak Der (kakak Mummy). Ada makan-makan sikit. Antara menu yang akan menanti Mummy dan Qashrin adalah spaghetti bolognese, chicken wings BBQ, potato salad, potato wedges, onion rings, coleslaw dan fruty tutti cake. Semua homemade. Nyum-nyum.......Yer makan lagi nih. Sapa nak join? Hehehehe.......Tapi pagi ni Mummy breakfast quacker oat je sebab lunch karang pun di rumah kakak Mummy. Menu makanan tu pulak, untuk makan petang sampai ke malam. So, perut ni nak ready untuk disumbat petang karang. Kekekekeke........


Cerita pasal makan-makan ni. Malam Chinese New Year hari Ahad lepas. Kami sekeluarga dinner di Royal Golf Club Ipoh. Yang ada adalah rombongan famili yang pergi ke cuti-cuti ke KL The Zon Suite Residence haritu. Sampai-sampai je, ramai betul orang cina yang sedang makan busat dekat situ. Penuh orang datang makan di dalam hall dan di luar. Termasuklah bangsa lain yang datang untuk makan-makan. Nak order pun, dah di pesan kalau ala-carte tu kena tunggu 2-3 jam. So, kami decided makan nasi dan lauk biasa tu. Antaranya Assam Kari Kepala Ikan, Ginger Beef, Kailan, Lemon Chicken dan Sizzling Tofu (gambar tak sempat snap). Tu pun mungkin sebab waitress tu selit-selitkan menu kami. Tunggu dekat 40 minit jugak. Yerlah, hidangan untuk dua meja untuk 17 orang. Jom tengok gambar-gambar di bawah yang sempat Mummy snap-snap...Heeee~

Sedang-sedang menunggu makanan sampai tu. Posing-posing lah dulu kan... Meja ni dan meja belakang tu masing-masing tengah kelaparan.

MasyaAllah....tengok budak ni. Aiyooooo.......badan flexible 360 sangat...

 Asama kari kepala ikan....

 Kailan Oyster

 Lemon Chicken

 Ginger Beef

Giant Ice Kacang (ubat batuk ni)

Semua makan dengan speed yang laju. Hahaha....Bukannya apa, memang seronok makan beramai-ramai dan pulak tu menunggu dekat 40 minit baru siap. Apa lagi..masing-masing makan laju je kan.... Qashrin pon makan banyak. Lauk di meja kami banyak berlebihan sampai pindah-pindah ke meja belakang. Yerla meja kami ni ramai budak-budak....

 Qashrin memang jenis tak reti duduk diam. Berlari-lari satu hall. Dah jumpa kawan baru. Memang senang dia get along dengan budak-budak cina ni. Siap bawak payung posing macam ni. Sempat Mummy snap gambar ni. Risau jugak dia merayap-rayap entah kemana. Hilang pulak karang. Seronok tengok telatah anak-anak ni, walaupun tak bercakap, sebab berlainan bangsa tapi masih boleh bermain. Dah posing macam ni, lepas tu melompat-lompat , lepas tu pegang tangan nari-nari. Takyah cakap masing-masing paham sendiri.

Tengah ramai-ramai berkumpul. Yang datang pun ramai yang makan besar sampai 20-30 orang dalam satu famili. Lepas makan mereka bertukar angpau. Sedang Qashrin main-main. Waktu Mummy ada disitu temankan Qashrin, mereka sedang bertukar angpau. Ada Aunty ni tanyakan nama Qashrin dan bercakap dengan anak-anak dia introducekan nama masing-masing. Lepas tu Aunty tu pon bagi Qashrin angpau. Dapat RM 10. Hehehe...Rezeki Qashrin malam tu. Terus Mummy cakap "Gong Xi Fa Chai" Heeee~

Alhamdulillah, Qashrin memang murah rezeki. Dengan keletah dia tu memang ramai orang sukakan dia. Inilah aktiviti kami dari hari Sabtu ke KL. Sampai Ipoh hari Ahad, malam tu makan-makan bersama famili. Semalam pon aktiviti makan-makan pon dijalankan seperti biasa. Tapi di rumah je lah. Hahaha...Hari ni last day cuti pon makan-makan di rumah kakak. Alhamdulillah.......Bagaimana dengan cuti Chinese New Year anda?

Xoxo
Mummy Akmar