18/02/2013

Apa Itu Diabetes?

Diabetes Mellitus adalah satu keadaan penyakit di mana aras gula darah (glukosa) telah melebihi aras normal. Ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin di dalam darah atau insulin yang ada tidak lagi berkesan. Aras normal gula darah ialah di antara 4.4 hingga 8.0 mmol/L.



Ketahuilah Jenis Diabetes Anda.


Diabetes Mellitus Jenis 1 - Diabetis jenis ini perlu mangambil suntikan insulin setiap hari

Diabetis Mellitus Jenis 2 - Diabetes jenis ini tidak semestinya memerlukan insulin tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman



Simptom Diabetes

1. Kekaburan penglihatan
2. Rasa dahaga berpanjangan atau kemahuan untuk membuang air kecil dengan kerap
3. Cepat penat dan selalu sakit
4. Kegatalan pada kulit yang melampau
5. Penurunan berat badan yang mendadak
6. Luka lambat sembuh
7. Kaki kurang rasa rangsangan
8. Senang mendapat jangkitan.



Apakah Penyebab Anda Mendapat Diabetes Jenis 2?

1. Anda berumur 35 tahun ke atas
2. Anda mempunyai ahli keluarga menghidap diabetes (ibu bapa atau adik beradik)
3. Anda lebih berat badan atau obes.
4. Anda tidak aktif atau jarang bersenam
5. Anda mempunyai diabetes semasa hamil.

Apakah Kesannya Jika Diabetes Anda Tidak Terkawal?

Anda berkemungkinan mendapat komplikasi diabetes seperti:

1. Sakit jantung
2. Kerosakan buah pinggang
3. Luka lambat sembuh (gangren di kaki)
4. Kerosakan saraf
5. Kebutaan (retinopati)

Xoxo,
Mummy Akmar