19/01/2013

Sinopsis & Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa Episod Penuh

Drama Setia Hujung Nyawa di TV3 setiap hari Isnin - Khamis jam 7 - 8 mlm ini adalah sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel yang mendapat sambutan ramai. Macam Mummy sendiri pun tiap-tiap hari tak pernah terlepas untuk menyaksikan apa yang terjadi dari satu episod ke episod yang lain.



Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa:

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh yang tidak disangka antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi.

Disebabkan Datin Adibah, Mummy kepada Zain Hakimi yang tidak sukakan pilihan anak lelakinya, beliau sering memberi tekanan kepada tunang (Sofea) anaknya. Ini adalah kerana, tunangnya dulu adalah bekas seorang GRO. Ini membuatkan Zain serba salah dan terhimpit antara ibunya sendiri dan juga tunangnya. Akibat tekanan yang melampau menyebabkan tunangnya lari ke luar negara beberapa minggu sebelum perkahwinan mereka.

Datin Adibah sedaya upaya mencari pengganti untuk bakal menantunya demi menjaga maruah keluarga dan Zain terpaksa menuruti kehendak Mummynya. Kala terpandang anak rakan berpesatuannya Ersalina Imani, hatinya terus terpaut dengan gadis muda yang lemah lembut, periang, ayu dan baik budi pekertinya.

Bagai orang menggantuk disorang bantal, Haliza, ibu kepada Ersalina Imani terpaksa menerima lamaran itu demi anak gadisnya. Satu rahsia besar yang diketahui oleh dirinya sendiri, Haliza yang cuba sembunyikan rahsia itu yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina pengsan sewaktu mereka keluar beriadah dan disahkan hamil tanpa diketahui oleh Ersalina sendiri.

Demi menyelamatkan maruah keluarganya, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina juga terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus untuk menebus dosa hitam terlanjur cinta bersama seorang lelaki yang telah mendiamkan diri. Perkahwinan itu pada awalnya baik dan tatkala mereka berdua mula mencintai antara satu sama lain dan mahu menyemai cinta. Ersalina terjatuh dan didapati oleh Zain sendiri yang isterinya keguguran walaupun Zain belum pernah menyentuh Ersalina.

Drama Setia Hujung Nyawa Episod Penuh Di SINI

Itulah sedikit sinopsis cerita ini. Disebabkan keegoaan Datin Adibah yang inginkan terbaik untuk anaknya dan memberi tekanan kepada tunang Zain, akhirnya dia dapat seorang perempuan pada zahirnya amat suci dan mulia tetapi disebaliknya. Sekarang ni Zain sedang menyiksa Ersalina demi membalas dendamnya yang terpaksa menjadi kambing hitam dan Ersalina pula rela di marahi dan dicela oleh suaminya sendiri kerana demi menebus salah dan dosanya. Mereka berdua masih berlakon di depan keluarga masing-masing yang mereka berdua gembira dan keguguran itu adalah hasil dari perkahwinan mereka tetapi sebaliknya. Zain masih tidak mahu ceraikan Ersalina demi untuk membalas dendam dan kemarahannya yang membuak-buak. Mummy sedang menunggu saat perkhabaran berita tentang keguguran anak luar nikah tu ke telinga Datin Adibah.

Jadi tiada manusia yang sempurna dan pilihlah jalan penyelesaian yang sempurna untuk setiap permasalahan. Kerana yang memilih sangat tu pon sebenarnya pun tidak sempurna. Nantikan ceritanya setiap hari. Memang best drama bersiri ni. Hehehehe...