16/01/2013

Saya Anak PERMATA Negara - Part 3

Hari ke-3 orientasi bersama ibu bapa di PERMATA. Qashrin macam biasa, ada kalanya teruja dengan aktiviti yang dijalankan kadang-kadang nak berkepit dengan Mummy sebab malu tu terus jadi takot. Risaunya petang ni, suhu badan Qashrin agak tinggi. Ntah kenapa, mungkin sebab dia swimming tadi dan dimandikan dengan air sejuk. Dia memang tak biasa dengan air sejuk bila mandi. Hmm...

Takperlah letak jauh dulu kerisauan walaupun Qashrin tengah demam ni. Jom tengok gambar-gambar di bawah:


 Pagi beratur dulu untuk sarapan pagi.

 Menunggu makanan dengan yang lain....

 Makan donut.

Minum air susu.

 Lepas sarapan, beramai-ramai nyanyi lagi.

 Lagi sesi tengok Youtube....

 Semua tukar baju dan beratur untuk ke kolam renang.

 Mulanya dia nakkan Mummy tapi lepas tu dia rasa seronok pula.

 Aksi Qashrin. Mummy ada rakam video juga. Hehehe

 Seronok tengok dia main air. Dia langsung tak baring atau meniarap macam budak yang lain. Sebab tu kenapa Mummy heran dia boleh demam. Hanya bermain air kolam yang paras buku lalinya sahaja. Sah lah mandi air paip yang sejuk di tengahari tu. Entahlah.. =( Risau!

 Dah mula seronok mandi dalam kolam.

Lepas mandi kolam, semua kanak-kanak dimandikan dengan air paip yang agak sejuk. Qashrin menahan badan dia. Selalunya dia akan nangis kalau dirumah kalau mandi dengan air sejuk. Mungkin sebab itu demam.

Dah pakai baju lain, makan untuk tenghari. Menu nya sayur kangkung dan ikan tiga rasa? Hmmm untuk kanak-kanak agak tak sesuai. Semuanya pedas. 

Malam ni kalau suhu badan masih tinggi, nampaknya kenalah cuti besok takpayah sekolah. 

Xoxo,
Mummy Akmar