15/01/2013

Saya Anak PERMATA Negara - Part 2

Holaa...Hari ni baru berkesempatan nak update blog ni memalam sikit. Hari kedua Qashrin ke PERMATA ditemani Mummy. Masuk-masuk je pintu, kelas dah bermula. Cikgu terlupa nak beritahu yang hari ini kelas bermula pukul 8 pagi. Mummy ni sampai macam semalam 9.30pagi. Mummy nak cerita sikit aktiviti hari ini. Aduidui. Qashrin buat perangai sikit. Tapi kena sabar....Jom tengok apa dia buat hari ni.

Dah ler datang lambat, confident tangkap gambar di luar sebab di dalam tengah ada aktiviti menari. Hehehe... Boleh Qashrin tanya "mi sini takde ular ke mi". Mungkin dia tengok rumput-rumput ni sebab dia pernah tengok dalam TV ular menjalar di rumput. Sebelah Gazebo ini pulak ada tanah besar rumput dia tak tinggi tapi nampak tak terurus jugak.

Ini yang menjadi tarikan Qashrin. Dari hari pertama asyik mintak "nak main slide di luar mi"..Tapi nanti tengok gambar yang lain apa yang terjadi. Memang betul-betul mencabar kesabaran Mummy betul si Qashrin ni tau.

Qashrin suka sangat bag sekolah Barbie dari Auntie Stephanie ni. Hehe Thanks..

Masuk-masuk je, semua kanak-kanak tengah menari. Lagu chicken dance pon ada. Qashrin buat hal. Malu punya pasal, terkejut dan terus taknak participate. Nak berkepit dengan Mummy. Aish..

Budak-budak lain berpusing buat satu round dia pulak tercegat dekat situ. Sampai dengan Mummy sendiri pon participate nak dia ikot sekali. Tengok muka masam protes lah tu.

 Lepas je menari-nari dan Qashrin buat perangai. Aktiviti bermain pasir pulak. Qashrin boleh buat hal taknak pijak pasir. Menangis-nangis cakap "kotor". Sampai Mummy pon berdiri atas pasir ni. Dia cakap nak main sangat slide ni tapi ramai-ramai macam ni dia rasa malu dan lain, tiba-tiba dia menangis pulak. Jenuh suruh main taknak...

Hmm..Berkepit dekat kaki Mummy ni. Bila tanya nak main apa? Nak main basikal. Nasib baik cikgunya sporting bagi main basikal.

 Dia sorang main basikal. Ish Ish anak Mummy ni. Hari pertama aktif sakan. Hari kedua rasa malu dan mungkin nervous kot. Terus buat perangai. Sabar jela Mummy. Harap esok dia semakin okay.

Lepas main pasir, semua kena basuh tangan dan kaki. Beratur untuk snack pagi. Minum susu dan makan biskot.

Lepas tu, semua budak-budak ni dibawa ke library untuk tengok rancangan kanak-kanak dari Youtube dan seterusnya tengok citer Shawn The Sheep. Cikgu hanya duduk ditepi nyanyi ikot Youtube tu. Buat setakat ini, Mummy belum lagi nak bagi apa-apa review tapi nak buat macam mana kan. Memang berpadan dengan bayarannya sebulan. Cuma concept Learning is Fun tu dah disalahtafsir yang sepatutnya disebaliknya Fun kepada memberi minat yang banyak untuk pelajaran bukan untuk lebih bermain sahaja tanpa fokus tertentu. Mungkin baru awal lagi dan Mummy nak tengok perkembangan Qashrin di sini. Apa yang boleh Mummy buat rumusan, di sini lebih kepada penjagaan kanak-kanak. Pembelajaran yang intensif untuk perkembangan akademi tu tak sangat. Akan diceritakan di lain posting untuk rumusan briefing hari pertama oleh cikgu.

Okay, lepas tengok tengok rancangan A B C nyanyi-nyanyi dan kartun, kanak-kanak diarahkan beratur untuk makan tenghari dalam pukul 11.30pagi. Rak ini pada mula, tidak tersusun. Susunannya pon senget benget. Rasa macam sayang sangat barang ini tidak dijaga. Apa lagi, Mummy pon pegi betulkan susunan rak ini mengikut lubang yang ditentukan. Kalau tidak, senget sebab tray tu tidak dimasukkan betul dalam lubang yang ada. So, lepas tu posing lah dulu. Eheks...

 Inilah menda yang paling Qashrin suka dan sangat mengikut arahan. Dia suka basuh tangan di mini sinki ni. Takpayah nak bersusah sangat. Laju jer. Hehehe...

 Menu hari ni, gembira sikit hati Mummy. Spaghetti Chicken Bolognese. Menu feveret Qashrin. Abis semangkuk dia makan. Hmm...Mummy perhatikan, anak-anak ni tak dijaga masa mereka makan. Ada yang cuba nak makan dengan sudu tapi susah sebab licin dan mangkuk yang kecil. Qashrin pula, Mummy berikan garfu untuk cedukkan spaghetti tu dan Mummy pass kan pada yang lain. Risau jugak hari-hari lain kalau tiada siapa yang pantau dia. Mungkin dia tak nak makan atau tak makan abis sebab susah. Ada yang lain terus give up nak makan. Qashrin makan abis sebab Mummy bantu dia suapkan. Memang berdikari namanya tapi they are just too small and they need help. End up semua spaghetti tu terbuang je. Sorang je kanak-kanak yang disuap duduk atas baby chair sebab dia umur less than 2 years kot.

Jenuh sangat budak-budak ni nak makan. Kesian pun ada. Ni gambar before Mummy passkan garfu.

Ini pula kain basahan Qashrin atau kain berkemban untuk mandi nanti. Risaunya sebab air panas macam takder je. Qashrin ni kalau m andi atau bercuci lepas buang air memang akan nangis kalau air sejuk. 

Overall Mummy still reserved dulu komen-komen yang lain untuk hari-hari berikutnya. Walau apa pun, Mummy bersyukur ada tempat nak letakkan Qashrin sementara waktu dan semestinya tahun hadapan Qashrin perlu diberi pendekatan yang lebih kepada akademik. Tahun ini dia boleh berehat-rehat lagi sebab tahun depan, Qashrin perlu peningkatan dari segi akademik dan agama. Kelas agama pun akan di daftar di sebelah Masjid di rumah Mummy ni. Insya Allah.

Mesti ramai yang semput baca posting ni dan semalam sebab panjang lebar kan dengan gambar-gambar. Eh lupa pulak nak cerita, semalam hari pertama di PERMATA, sorang cikgu datang ke Mummy dan tanya, "Mama ni pernah masuk TV ke untuk kes anak tu" Terkejut pulak Mummy, bila pulak iolls keluar TV ni. Hahaha. Ini semua bila perbincangan tentang beberapa ibu tunggal tentang permasalahan mereka dan anak yang ada. Hehehe. Okaylah. Badan pun penat betul ni sebab tadi body massage pulak. Total damage: RM80. Harap-harap malam ni tidur lena, esok nak kena hantar Qashrin hari ke tiga pulak. Moga-moga semua berjalan lancar. Insya Allah!

Goodnite dolls

Xoxo,
Mummy Akmar