14/01/2013

Saya Anak PERMATA Negara - Part 1

Alhamdullilah, hari ini adalah hari pertama Mummy menemani Qashrin ke Pusat Anak Permata Negara untuk pendaftaran dan taklimat kepada semua ibu dan bapa yang hadir. Taklimat ini diberikan agar penjagaan dan pembelajaran anak berjalan dengan lancar. Taklimatnya agak panjang kerana kami diberi satu fail yang mengandungi beberapa borang dan fail lain. Contohnya, buku panduan peraturan ibu bapa, buku kesihatan anak, buku waktu luangkan masa bersama anak, akuan sumpah dan macam-macam lagi yang lain Mummy tak berapa nak ingat sangat sebab kena tinggalkan di PAPN.

Okaylah nak cerita pon panjang sangat. So, kali ini, Mummy akan menceritakan pengalaman pertama Qashrin di PERMATA untuk hari pertama dengan gambar sekali. Kalau nak cerita ni, panjang lebarlah entri ni. Semput semua nak membacanya. Hehehe

Sebelum sampai, Mummy nak sarapan pagi dan beli kueh-kueh. Qashrin pula nak sausage. 
Sebenarnya, kitaorang dah terawal sampai. Kami sampai dalam pukul 8pagi rupanya pendaftaran 9.30am. Balik rumah dulu sambung tidur lah. Hahaha...Siap bawak teddy lagi untuk temankan dia. 

Sempat juga bagi pose sebelum turun kereta. Pinjam kereta kelisa Opah jap. Heee~

Masuk-masuk pintu je ada hall kecil. Semua ramai-ramai tunggu sini untuk mengisi borang tambahan untuk pendaftaran. Qashrin tetap dengan "peace" dia tu.

Fail yang diberikan. Ada borang dan booklet yang lain

Banyak jenis lukisan yang ada disetiap dinding. Sementara ibu bapa lain tengah mengisi borang. Mummy dah Qashrin buat lawatan dulu. Sambil menangkap gambar. Hehehe

Dua orang cikgu yang sedang memberi taklimat kepada mama dan papa. Dekat sini semua ibu dan bapa akan dipanggil mama dan papa untuk lebih dekat lagi persaudaraan. Ada guru lain yang sedang mengendali anak-anak lain. Di sini, memang mereka tak ajar kanak-kanak menulis satu-satu, menghafal huruf atau alphabet tapi lebih kepada pembelajaran yang menghiburkan dengan nyanyian, lukisan, mainanan dan sebagainya. Banyak soalan dan pertanyaan ditanya dan perkongsian permasalahan yang lain. Banyak juga ibu tunggal yang hadir hari ni. Ada dalam 4 orang. So, cikgu suruh letakkan apa-apa perkara yang penting untuk anak yang mana-mana masih dalam kes mahkamah dan lain-lain untuk keselamatan anak-anak tu. Soalan pertama yang Mummy tanya, boleh tak buat birthday disini? Hehehe...Mummy nak buat Hello Kitty theme birthday party di sini. Dah planning2 pulak kan....Hehehe.

 Anak dara I ni memang tak reti duduk diam. Kehulu kehilir..

Semasa sessi penerangan, Qashrin dan yang lain pun buat hal-hal mereka macam biasa. Exploring tempat ni.

 Sebahagian dari Library, tepi tu ada computer. Kanak-kanak lain baru lepas mandi sebab tadi bermain aktiviti luar.

 Bilik tidur dan persalinan. Dua bilik yang berlainan. Satu untuk perempuan satu lagi untuk lelaki. Yang bertingkat-tingkat tu macam tilam mereka.

Gambar ni lepas makan tenghari. Kami buat lawatan satu banglo ni. Antara bahagian lain untuk Library.

Library diorang ni agak besar. Ada bahagian untuk recycling barang-barang terpakai. Kotak ini dibuat sendiri oleh mereka.

Dekat PERMATA ni, semua facilities dan amenities sangat lah toddler friendly. Semua nya di pasang khas untuk budak-budak kecil dibawah 5 tahun.

Tempat buang air pon diorang buat mini toilet bowls. So cute? Cute ke? Hehe...dan juga ada mini shower tab tak sempat nak capture. Di sini semua anak-anak di ajar berdikari. Untuk mandi dan pakai baju sendiri tapi semestinya dibawah pengawasan cikgu mana-mana kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.

 Ini corner masakan di antara hallway ke dining hall dan kitchen. So, kanak-kanak boleh feeling-feeling memasak. Heeee~! Semua corner dalam rumah ini termasuk dalam bilik tu ada bahagian-bahagian tertentu.

 Hallway ke dining hall ni ada mini sinky yang cute-cute untuk kanak-kanak ni beratur untuk basuh tangan sebelum makan.

 Sebelum makan, mereka semua baca doa makan  dan makan beramai-ramai. Macam-macam gelagat kanak-kanak ni.

Okay, Mummy cannot complain too much, Qashrin was given a plate of rice with tomyam soup yang ada carrot. Hmmm...anak kecil bagi tomyam tu mcm no komen sangat. Huhuhuhuh.....Qashrin dan yang lain macam terpaksa telan juga ler menu yang dihidangkan. Menurut cikgu disini, makanan yang dihidangkan oleh caterer yang dikhaskan oleh Jabatan juga.

Semua food utensils yang dibasuh, berus gigi akan dijemur di luar untuk matikan kuman.

 Ini pula living hall tempat tengok-tengok TV beramai-ramai. Banyak barang-barang ikea yang Mummy tengok. Antaranya chest table tu, sofa-sofa, utensils lain dan juga rack-rack untuk simpanan perkakas mainan.

 Wednesday is a sport day. Its going to be like a rotation base on the activities i.e: pool activity, sand playing activity and other sports activities. So, mak-mak ni excited untuk swimming day nak bawak swimsuit masing-masing.

 Dah kenyang, dah penat berlari-lari. Dia pun tidur atas sofa. Siap request "mi pasang tv mi"..amboi dia buat macam rumah dia jer.

Best sangat dapat hantar Qashrin ke sekolah. Mummy suka tengok Qashrin memang boleh get along very well with others also with teachers. Hari ni persekolahan separuh hari je tadi, petang tadi kena bawak Qashrin buat medical check up untuk diisi dalam buku kesihatan dia. Esok hari kedua, separuh hari juga sehingga Rabu sahaja Mummy boleh temankan Qashrin. Hari Khamis, mulalah pembelajaran Qashrin di sana seorang diri dari 8.00am hingga 5.00pm. 

Xoxo,
Mummy Akmar