05/01/2013

Sambutan Hari Jadi Pertama Tema Mickey Mouse

Malam semalam 4 January 2013 adalah sambutan hari kelahiran pertama anak abang (Pak Andak) buat sambutan Hari Jadi bertemakan Mickey Mouse. Majlis diadakan di rumah ibu kakak ipar. Memang meriah sekali dan semua pakai baju warna merah.

Hari ni pula, Hari Jadi anak abang lagi sorang tu (Pak Uteh). Hari jadi pertama jugak. Sorang lahir 4 January sorang 5 January. Birthday party hari ini akan di sambut di  Royal Ipoh Club. Mummy diberi tanggungjawab untuk menghiaskan hall dengan deko-deko bertemakan Ben 10. Dah la last minute bagi tahu, gigih jugak Mummy cari barang-barang yang bertemakan Ben 10 termasuk dengan printables seperti Banner, food taggings, part poppers, helium balloons dan macam-macam lah. Okay yang ini kita citer di posting yang lain. Doakan Mummy dapat menjalankan tugasan ini seorang diri. Hahaha...Kalau nak tengok hasil tangan Mummy jadi party planner tengok di SINI

Berbalik pada sambutan Hari Jadi semalam yang bertemakan Mickey Mouse. Memang meriah sekali termasuk dengan anak saudara kakak ipar. Masing-masing diberi sticker Mickey Mouse dan dilekatkan di baju masing-masing untuk tangkap gambar ramai-ramai. Paling best sekali, kakak ipar berjaya menjadi host. Alah, dia ni cikgu sekolah, jadi takde masalah lah dia nak cakap dengan nada suara yang tinggi untuk minta perhatian ramai. Paling best masa lepas makan sessi soal-jawab kuiz lepas tu dapat hadiah woo. Apa lagi, mak-mak budak yang terlebih excited especially Mummy sendiri sebab nak dapatkan hadiah.

 Birhtday Boy

 Qashrin memang good girl berdiri situ. Jenuh woo nak kumpulkan budak-budak ni diri lama dekat meja ni. Qashrin je tetap berdiri teguh di situ sampai semua dah pergi pon dia still diri tunggu arahan dari Mummy baru dia pergi. Hahahaha

 Kek Mickey

 Gambar ni masa baru-baru sampai. Muka dia akan buat muka blur gitu lah. Hahaha...Sampai-sampai je dia bawa hadiah yang dah siap di beli semalam. Mummy dah wrap cantik-cantik. Siap pass sendiri dekat Muzammil.

Soalan pertama di jawab dan orang pertama yang angkat tangan adalah tangan si Qashrin. Soalannya mudah sahaja. "Siapakah nama Sultan Negeri Perak". Dah tentu jawapannya senang je kan? Qashrin blur-blur tu jenuh jugak nak sebut Sultan Azlan Shah! Qashrin menjadi kanak-kanak pertama dapat hadiah stamp set Mickey Mouse. Siap tangkap gambar macam penyampaian hadiah lagi. Tapi gambar tu dalam camera kakak ipar. Yang lain semua jeles je dan berusaha untuk menjawab soalan. Huhuhuhu. Paling lawak, anak kakak Mummy jawab soalan macam ni "Apakah gunung tertinggi di Malaysa". Jawapan dia "Gunung Everest"... Wahahahah terus reject. Ada ke Gunung Everest. Ya Allah, semalam kecoh betul. Seronok pulak, tak sangka Birthday Party macam ni boleh meriahkan suasana. Mak-mak budak, opah masing-masing pon menolong. Antara hadiah yang dapat stamp set Mickey Mouse dan juga Coklat Kit Kat. Sebelum kami pulang, semua kanak-kanak diberi dengan Goodie Bag. Heeee~

Happy 1st Birthday Muzammil!!! 
Semoga jadi anak yang soleh

From,
 Acu & Kakak Qashrin