27/01/2013

Royal Golf Club Ipoh Bertukar Wajah

Semalam lepas sahaja buat projek memasak Pavlova Strawberry dan Peach,  kami ni berstesen di rumah abang Mummy. Pak Nek (abang Mummy ni) pun ajak dinner di Royal Golf Club Ipoh untuk makan malam walaupon lauk banyak lagi untuk dinner di rumah.

Bila makan di luar ni, perkara yang merisaukan adalah menu makanan untuk Opah sebab risaukan level gulanya. Opah akan cepat lapar dan makanan yang dia makan sekarang ni brown rice dan lauk-lauk bersup dan juga dimasak tanpa gunakan gula. Tapi nasib baik lepas dinner semalam, bila periksa tahap glukosnya masih tahap normal.

Kali ni kami pergi agak awal sedikit sebabkan hari nak hujan dan sampai-sampai je di sana dah hujan lebat. Qashrin Mummy pakaikan je baju tidur. Senang sikit, balik je terus tidur. Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni:

 Entrance Royal Golf Club Ipoh. Qashrin pakai baju tidur jer ni haaa..Posing kejap berlatar belakangkan Kerabat di Raja Perak. Sultan, Tuanku Muda dan Raja di Hilir.

Ini adalah attraction untuk Qashrin kalau datang ke sini. Suka sangat tengok ikan.

Di Royal Golf Club Ipoh ni, semua bertukar wajah dah. Yerlah sebabkan Gong Xi Fa Cai. Kami ni makan di luar jer mengadap Padang Golf...Qashrin posing macam cina kung-fu la pulak. Kekekekek.

Disebabkan betul-betul ramai orang tengah menunggu makanan sampai. Kitaorang pon masuk ke library di sini. Adui bestnya library sini nak berbanding library Royal Ipoh Club. First time kami masuk sebab masih buka lagi sebelum jam 8 malam. Selalu makan dekat sini dah tutup. Nampak si kenit tu...

Partner in crime ni. Gaduh tiap-tiap hari tapi missing-ichi-ader. Hahahah

 Menu biasa kalau makan nasi di sini. Assam kari kepala ikan claypot. Memang terbaikkk.....

 Chicken lemon yang garing disimbah dengan juice lemon masam manis. Terbaik jugak....

 Medium rare ginger beef. Nyummsss

 Udang nestum ni ok-ok jerlah macam over cooked je nestum tu...

Kailan...

Kesian Opah, disebabkan dia cepat lapar, dia dah makan brown rice di rumah sikit dulu. Sampai je sini, dia mintak bihun celur sikit untuk makan dengan lauk. Balik check darah okay tak tinggi gulanya. Apa-apa pon dah kenyang Alhamdullilah syukur pada Allah..........Thanks Pak Nek & Mama Oya...Hihihihii

Xoxo,
Mummy Akmar