27/01/2013

Resipi Pavlova Strawberry Dan Peach

Salam berhujung minggu buat semua pembaca blog Qashmere. Apa aktiviti keluarga anda hari ini? Mummy hari Ahad macam ni rileks jelah di rumah. Melayan anak, jap lagi karang nak memasak ayam panggang simple je lah untuk Opah dan Qashrin. Nak masak masakan simple-simple tapi sihat tanpa minyak. Wah..gitu..tapi kurus nye tak pon kan...Kikikikik....

Cerita pasal masak memasak ni. Semalam hari Sabtu projek kelas memasak bersama Qashrin adalah membuat sebijik Pavlova Strawberry and Peach. Sebenarnya, ini adalah permintaan anak saudara Mummy yang bernama Osha yang teringin nak makan Pavlova lagi. Tapi di Ipoh ni mana nak dapat Pavlova, jadi kena lah membuatnya. Memang Mummy suka projek kelas memasak ni sebab nak ajar Qashrin dari kecil untuk tanam minat suka memasak tu. Sebelum tu pada hari Jumaat pula, kami buat popiah carrot dan sengkuang serta di masakkan juga sos cili yang sedap bila di cicah popiah tu. Heeee~

Okay, jom tengok resipi memasak semalam. Pavlova Strawberry Peach ni:

Bahan-bahan:
4 biji telur putih
3/4 cawan gular castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan
(cuka brand apa pon boleh, dah double check dengan orang buat kek)
1 sudu kecil baking powder
(Mummy tambahkan sedikit sebab Nigella tambah serbuk penaik. Kalau tak nak letak pon takpe)


Untuk topping.
1/2 cawan krim putar
(Mummy beli yang loose punya boleh dapat muat untuk sebijik kek. Baru RM 5.00)
Buah strawberry dan peach
(Buah mengikut selera sendiri sebab anak saudara Mummy nak buah peach)
p/s: tangan si kecik tu kejap makan stroberi kejap makan buah peach.

Cara-caranya:

1. Mula-mula asingkan putih dan kuning telur. Pukul sehingga putih telur tu jadi berbuih dan perlahan-lahan masukkan gula putih.

2. Setelah diletakkan gula dan dipukul kuat. Meringue ni akan menjadi putih salju. Pada takat ni, kalau terbalikkan adunan takkan jatuh. Cuba lah..Hahaha...

3. Masukkan cuka, tepung jagung, baking power, esen vanilla dan kacau dengan menggunakan spatula sahaja. Letakkan meringue tadi atas kertas minyak seperti dalam gambar di atas. Kalau nak senang, masa nak letak meringue ni, buatkan bulatan dengan pensel. Senang nak buat.

4. Sebelum persediaan membuat, panaskan oven 180c dan setelah siap adunan masukkan pavlova dan turunkan suhu ke 150c. Masakkan selama 1 jam 15 minit. Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova sejuk.

Pavlova yang sudah di siap untuk di hias. Apa lagi letakkanlah krim putar tu dan hias lah ikut kesukaan masing-masing dan buah-buah yang uolls suka. Mummy dah terlebih putar sampai dia jadi terlalu kental sebab kalau krim putar tu lembut dan jatuh ke bawah baru cantikkan. Yerlah itulah kuasa mesin hobart tu nak cepat terus laras ke no 3. Huhuhuhu. Tapi takde masalah pon. Macam konsistensi krim putar yang Mummy buat sesuai untuk cake. Walau macamana pon rasanya tetap sedap. Jangan risau.

Ini lah hasilnya Pavlova Strawberry & Peach manis-manis sekali. Memang sesuai dimakan dengan black coffee. Memang melertss...

Nyumm-nyum..

Alhamdullilah, selesai jugak projek nak buat Pavlova sendiri sebab dok idam-idamkan Durian Crepe dan Pavlova itu hari. Projek memasak ni, weolls buat lepas lunch semalam...malam pula kami dinner di Royal Golf Club..Diet ooh diet... 

Pada yang lain selamat mencuba...........

Xoxo,
Mummy Akmar