28/01/2013

Resipi Ayam Panggang Simple Noxxa

Selamat morning! Hari Isnin ni mesti ramai tengah cuti Thaipusam ni dan sambil berehat-rehat di rumah. Saja nak cerita sedikit pasal menu dan aktiviti  hari Ahad semalam bersama anak dan family

Macam biasa, Mummy akan menjadi chef untuk Opah. Semestinya pilihan yang sihat-sihat sahaja untuk dia. Alhamdulillah, menu masakan semalam tidak menjejaskan paras gula Opah. Hahhaha...sampai dahsyat macam tu sekali kan....Tapi memang masakan semalam sangat berkhasiat. Masak pun tak perlu menggunakan minyak langsung bila pakai periuk Noxxa ni

Menu ayam panggang yang Mummy buat ni memang simple tapi rasanya SEDAP! Tak caya, cuba lah buat di rumah. Kali ini Mummy masak ayam panggang ni tak pakai oven tau. Mummy pakai periuk Noxxa Amway tu. Mulanya Mummy buat high pressure cooker 1 minit dan buangkan wap. Pastikan penutup periuk di bukak sepenuhnya dan laraskan ke Stir Fry.

 Bahan A:
 7 cm halia 
(agak-agak takyah pakai pembaris) kekek
6 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar serdahana besar.
Ayam 
(Mummy pakai 2 dada besar, 6 ketul kepak, 2 drumstik)
p/s: Bahan-bahan tidak termasuk budak comel tengah posing di atas tu yer. Karang terus jadi Qashrin panggang pulak. Hehehe

 Bahan Perapan:

1 sudu besar mixed spice
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar steak spice
1 sudu besar lada hitam biji (di blend terus dalam bahan A tu)
2 sudu besar tomato sos
1 kiub ayam maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair cap kipas udang ni

Cara-cara:
1) Kisarkan bahan A guna air yang sikit je tau untuk memastikan bahan perapan tidak berair sangat dan campurkan bahan perapan mengikut tahap rasa mana yang uolls suka. (Gambar perapan tak sempat nak snap. Next time I snap kasi tunjjuk)

2) Dah perap 10 minit tu terus masukkan dalam periuk Noxxa selama 2 minit menggunakan laras pressure cooker supaya ayam ni akan menjadi lembut bila kita nak menggigitnya. Ngappp!. Buangkan wap dan bukak penutup. Tukar pada stir fry sampai warnanya ke kuningan dan air ayam tu disejat kering. Nanti ayam tu akan nampak kekuningan dan effect caramelized disitu.


 Memang terbaiklah makan ayam panggang ni di makan pula dengan sayur bak choy sos tiram. Tak cukup satu katanya. Disebabkan Opah sekarang memang makan brown rice. Makanya, Mummy dan Qashrin pon join sekali makan. Takyah nak masak nasi lain pulak susahkan je. Qashrin pun suka Mummy pun suka. Boleh la layan nasi perang ni. Yang penting kurang gula dan kanji dalam nasi tu.

Dah kami kekenyangan makan, rehat seketika tiba-tiba hon kereta Pak Nek berbunyi. Dia datang ke rumah katanya menunggu Pak Andak and family untuk ke Kuala Kangsor nak makan laksa special ni. Dan dah tentu sekali dia ajak Mummy dan Opah. Kitaorang solat zohor dulu sebelum bertolak ke Kuala Kangsor ni. First time makan laksa telur goreng ni. Hmmm...makan lagi....Kekekekek. Nantikan di posting yang akan datang.

Oh yer..Selamat mencuba resipi ayam panggang simple Noxxa ni.

Xoxo
Mummy Akmar