19/01/2013

Qashrin Masuk Wad Khamis Malam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat pagi! Adui adui. Mesti ramai yang terkejut dengan tajuk posting kali ini. Masuk Hospital lagi? Baru je lepas discaj hospital minggu lepas Qashrin dimasukkan ke wad gara-gara takotkan H1N1. Mummy pun dah tak larat sebenarnya nak angkut barang-barang ke Hospital Pantai Ipoh tu. Nurse pon sampai dah kenal kami ni. =(

Sebagai seorang ibu, sesuatu keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan anak. Semenjak posting balik dari PAPN hari ketiga, hari dimana Qashrin mandi kolam di sekolah dan balik je ke rumah Qashrin dah demam. Demam yang berpanjangan yang agak panas dari siang Rabu hingga Khamis. Tidak nampak perubahan langsung. Demamnya berhenti seketika dan demam panas balik. Panas 40 celcius. Memang tak boleh nak tunggu lagi makan ubat sahaja. Perlukan bantuan doktor.



Hari Khamis malam Jumaat pukul 10 malam. Keputusan yang Mummy buat memang agak drastik tapi apakan daya, Mummy tak mampu nak melihat Qashrin kepanasan. Ada kalanya dia boleh berjalan-jalan nampak okay tapi badannya panas juga. Takde kebah dan berpeluh langsung. Pukul 10 malam tu dah kemas barang Mummy dan Qashrin, kami terus ke Hospital Pantai Ipoh. Kami ditemani oleh Opah. Lepas tu Atok datang dalam pukul 11 mlm untuk ambil Opah semula. Ya Allah rasa berat sangat tanggungjawab nak bawak bag berat, bakul susu dan dukungkan Qashrin. Mummy pon tak berani nak bagi Opah angkat barang-barang berat sangat. Sabar dan gigih. Mummy memang tak berani nak ambil risiko, tunggu demam Qashrin kebah dengan hanya berikan dia ubat demam sahaja kerana demam dia sangat panas!! Walaupon baru 2 hari sahaja demamnya, tapi pattern demamnya sangat pelik PANAS yang melampau. Risau takotkan, terlalu panas boleh membuatkan dia kekejangan.

Terus ke Emergency Department jumpa Medical Officer situ, terus Mummy cakap nak admitkan Qashrin dan nak dirawat oleh Doktor Kuldeep. Doc Kuldeep datang tengah-tengah malam juga nak merawat Qashrin nak pasangkan intervene di tangan tu. Adui. Qashrin menjerit-jerit "sakit-sakit" "nak Mummy nak Mummy". Mummy hanya mampu berdoa lepas baca ayat Al-Kursi untuk menenangkan Qashrin minta bantuan dari Allah. Paling nak kena kuatkan diri, bilik 2 bedded penuh, hanya ada 4 bedded. Kawan Mummy kata kalau nak 1 bilik dia boleh bagi diskaun tapi tak berani nak stay sorang. Tapi nasib tak menyebelahi Mummy, rupanya Mummy dapat bilik 4 bedded semuanya takde orang. Jadi 3 katil kosong. OMG! Tabah sangat! Nak tidur pon seram... Ish Ish....sampai lah pukul 2 pagi ada 2 orang baru masuk. Lega rasanya.

Okay berbalik citer Qashrin. Lepas sahaja dimasukkan antibiotic dan makan ubat demam yang sama macam Mummy bagi di rumah tu, Mummy pegang badan Qashrin masih panas dan rasa tak sedap hati. Terus sahaja panggil nurse, bila periksa suhu badannya 39.1 celcius. Terus dia telefon Doktor Kuldeep, dan Qashrin dimasukkan ubat melalui punggungnya. baru lah kurang sikit panas. Walaupon diberi ubat, tetap juga Mummy basahkan kepalanya. Hingga hari ini, demamnya masih ada dan masih dirawat di Hospital tu. Entahlah bila dapat keluar Hospital ni =(

Tanya juga doktor apa sebabnya Qashrin demam. Adakah sebab dia mandi kolam dari sekolah dan dimandikan oleh cikgu dengan air paip yang sejuk? Doktor kata "kita tidak boleh salahkan itu semata-mata, mesti ada tempat yang you bawa dia, keadaan panas, berhabuk dan tercemar yang boleh buat tekaknya merah". Qashrin memang takde batuk dan selsema. Tekaknya yang merah itu menyebabkan dia demam panas tak berhenti. Bila fikir-fikir balik, baru teringat!!!!!!!! Dari hari Isnin hingga Rabu, lepas balik dari sekolah terus ke rumah abang. Ada satu hari, kakak ipar sembur pesticide anai-anai di tingkat atas. Baunya agak kuat sehingga ke bawah. Mummy bercakap pada Opah "jom balik lah mak, bau spray ni akmar tak tahan sebabnya takot sakit tekak" Mummy risaukan diri sendiri. Rupanya Qashrin pon macam Mummy tak tahan. Kami disitu dalam 10-15 minit sebelum kami beredar pulang.

Hari Khamis waktu lunch bawa balik bag sekolah yang baru. Nak buat surprise ingatkan dia akan ke sekolah semula Jumaat semalam. Sekali tengok dia masih demam dan Qashrin cakap "mi nak bag tarik mi macam kakak punya". Pergi kerja semula, waktu balik singgah semula tempat tu terus belikan bag tarik yang ini. Punyalah seronok dia dok tarik bag ke hulu ke hilir walaupon demam. Sahaja nak bagi dia semangat ke sekolah semula. Terus Mummy belikan susu Pediasure tong kecil nak ditinggalkan di sekolah nanti, botol minum untuk dia belajar minum susu tanpa botol dan tuala yang baru. Tapi apa kan daya masih demam sampai kena masuk Hospital. Siannya dia.

Qashrin sangat sensatif! Sensatif pada habuk, pada aerosol, pada mosquito repellent, pada bahan-bahan kimia dan seangkatan dengannya seperti Mummy dia ni. Penat rasanya nak masuk Hospital ni. Fikirkan kerja lagi. Opah yang baru sembuh terpaksa tunggu di Hospital temankan Qashrin. Tapi takperlah sana pon dia baring sahaja tunggu makanan dihidangkan. Ramai juga yang kata, asyik-asyik masuk Hospital tak reti jaga anak ke? Bukan tak reti, tapi Mummy sendiri TAK MAMPU nak go through menda ni sorang-sorang dan risau jikalau keadaan lebih teruk. Baik serahkan pada pakar untuk merawat dia. Kalau apa-apa yang tidak diingini terjadi, pasti Mummy akan salahkan diri Mummy. Betul tak? Jadi biarlah orang nak kata apa. Bukan senang nak jaga seorang anak seorang diri. Mulut orang pon bukan kita boleh jaga. Betul tak? Yang penting jalan penyelesaian dan rawatan diberikan kepada Qashrin supaya dia sihat. Memang rasanya dah lama Qashrin tak dimasukkan ke Hospital, tapi terpaksa juga demi kebaikan dia sendiri. Semoga Qashrin lebih kuat pertahanan badannya lepas ini. InsyaAllah!

Xoxo
Mummy Akmar