10/01/2013

Qashrin Dijangkiti Virus H1N1???

Assalam dan Selamat Pagi semua pembaca blog Qashmere. Alhamdullilah, hari ini dapat Mummy mula bekerja seperti biasa setelah lama bercuti. Mesti ramai yang bertanya kemana Mummy menghilang?

Bukannya apa, seperti di posting yang INI. Dua anak saudara Mummy tu di-diagnos sebagai Influenza H1N1. Mummy planning nak bawak Qashrin dan Opah ke Pantai Hospital hari Isnin disebabkan Qashrin yang masih ada batuk. Yang paling merisaukan Opah yang batuk teruk dan selsema walaupun sudah makan ubat.

Pada hari Ahad lalu, Mummy membuat keputusan untuk pergi sahaja ke Emergency Department bawa Qashrin dan Opah masukkan mereka ke wad. Walaupun ada kalanya tidak kedengaran batuk dari Qashrin dan rasanya dia sudah pulih. Tapi hati seorang ibu ni masih nak mendapat kepastian dari Pakar. Sebabkan risau ada ke tak virus H1N1 pada Qashrin dan Opah. Lagi pula, Opahlah yang menjaga Azran pada hari pertama dia demam dan batuk dan Azran sememangnya H1N1 Positif. Lepas tu Opah pulak demam beberapa hari dan batuk yang berterusan. Batuknya agak kuat walaupun demamnya sudah kebah

 Kesiannya Qashrin kena pasang intervene untuk masukkan ubat. =(
Mummy: Doc, memang kena pasang jarum di tangan?
Doc: Saya pasang ni semua ada makna bukan sahaja-sahaja (dengan slang singh dia)
Mummy: Dah tersengih sebab kena perli. Hahaha
Doc juga suruh buat X-ray untuk periksa paru-paru Qashrin esok harinya.

Masa tengah cucuk di tangan tu. Doc suruh Mummy keluar. Bila Mummy masuk bilik rawatan tu. Muka Qashrin merah padam menahan nangis walaupun dia tidak nangis langsung. Terus Mummy cakap dekat Qashrin "tu lah Mummy cakap tak boleh cakap bodoh, cakap menda-menda tak elok. Kan doktor dah cucuk". Selama ini memang gertak dia kalau dia sebut ayat-ayat tak elok, doktor Kuldeep akan cucuk Qashrin. So, dia insaf la nampak sikit. Hehehe

So, Ahad lepas berkampunglah kami di Hospital Pantai. Memang ramai orang sakit sekarang ni. Menunggu untuk dapatkan 2 bedded room memang penuh. senang sikit kalau kami sahaja dalam bilik tu. Yang ada cuma 4 bedded. Mummy pon request kepada pihak Hospital untuk tempatkan Opah di wad kanak-kanak supaya Mummy boleh jaga mereka berdua.

 Qashrin macam lemah sangat nampaknya. Walaupun Qashrin dah takde batuk means kurang dengar dia batuk. Sebelum ke Hospital hari Ahad tu pun dah paksa dia batuk kuat-kuat. Memang takde batuk. Mulanya rasa takperlu ke Hospital cuma masukkan Opah. Tapi Opah insist juga untuk periksa Qashrin. Manalah tahu, H1N1 ni kan merbahaya. Gambar di atas ni, anak abang Mummy yang terkena H1N1 sudah admit di Hospital sejak Khamis minggu lepas datang wad kami dari bilik mereka.

Qashrin mula nampak je lemah. Jangan terpedaya sangat. Jumpa je geng dia. Terus aktif! Tu pesakit H1N1 kedua.

Pemeriksaan ujian H1N1 di lakukan pada Qashrin dan Opah. Alhamdullilah memang bukan H1N1. Bersyukur sangat. Tapi Qashrin masih perlu dipantau oleh doktor. Sedikit antibiotik dan juga ubat.

Keadaan Opah yang paling teruk. Disebabkan keadaannya yang dah tua, Opah yang batuknya teruk itu adalah pneumonia/jangkitan paru-paru. Opah diberi antibiotik secara dripped selama 5 hari. Apa yang paling merisaukan, doktor telah mengenalpasti sakit yang lain dalam badan Opah. Opah kini mempunyai diabetis, tinggi kolestrol, sedikit kekurangan pada jantung dan juga buah pinggangnya ada kekurangan untuk berfungsi macam manusia normal. Tapi tidaklah seteruk pesakit buah pinggang yang perlukan dialisis. Doktor juga telah mengenalpasti yang Opah kini cepat terlupa dan lambat untuk memproses bila kita bercakap dengannya. Sakit tua dia dah mula nampak sedikit demi sedikit. Yerlah dia pun dah berumur 67 tahun. Opah masih ada di dalam Hospital dan bergilir-gilir kami adik beradik menjaga Opah pada waktu malam. Semoga Opah cepat sembuh. Amin......

Qashrin discaj Hospital hari Selasa dan terpaksa duduk di rumah kakak Mummy. Mummy pula terpaksa stay lagi malam tu untuk menjaga Opah pada hari tu.. Memang sejuk betul tidur atas kerusi lipat lagi pulak tu tak selesa. Mummy tidur share katil dengan Opah. Hahaha.. Malam tadi kakak yang lain pula yang menjaganya. Aduih macam-macam perkara nak handle satu masa.

Banyak perkara yang perlu di buat. Minggu depan Isnin pula Qashrin akan mula hari pertama di PERMATA. Gigih betul Mummy ni. Tapi, Alhamdullilah...semuanya berjalan lancar. Bersyukur dengan kekuatan dan keupayaan diberi oleh Allah ni. Alhamdulilah....

Xoxo
Mummy Akmar