23/01/2013

Projek Pertama: "Scrap Book - My Family / Keluarga Saya"

Perancangan Program Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Bagi Pusat Anak PERMATA Negara Bercham telah pun dirancangkan dan hanya perlu tarikh cadangan di atas sebulat suara para ibu bapa. Apa yang membuatkan Mummy panik adalah projek pertama yang Mummy dan Qashrin perlu buat iaitu "SCRAP BOOK" - My Family / Keluarga Saya. Ia adalah satu pertandingan dan kalau terpilih sebagai pemenang, boleh dapat hadiah masa Sambutan Tahun Baru Cina nanti. Yup that's going to be our first project together. Ada seorang ibu tunggal sudah tengok ke arah Mummy dan membuat muka senyum gusar. Bagaimana dia hendak buat scrap book ini kerana mereka sudah bercerai?. Muka senyum serba salah yang amat mendalam yang Mummy sendiri paham sangat perasaan dia. Yep..termasuk Mummy sendiri. Bukan Mummy tak tahu nak buat scrap book. Tapi apa yang dinyatakan oleh cikgu adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak institusi sesebuah kekeluargaan. Ikut daya kreativiti ibu bapa dan anak samada nak buat family tree dan sebagainya.

Hmm..macamana eh? Qashrin tidak tahu dan tidak kenal siapa bapanya? Sesungguhnya memang luluh hati ini dan sedih. Taktahu macamana nak cuba jadi kreatif untuk membuatkan Qashrin tidak rasa kurang selesa atau pelik yang dia tidak pernah kenal siapa bapanya apabila nanti dia melihat masing-masing ada ibu dan bapa. Dah mulalah otak dah terfikir, macamana Sambutan Hari Bapa yang ada dalam takwim tu nanti. Kadang-kadang menjadi satu bebanan berat betul bahu dan hati memikul. Tapi bebanan yang terjadi ini betul-betul menjadikan diri Mummy kuat demi anak. Walau apa pon, insya Allah akan Mummy cuba buat yang terbaik untuk Qashrin. Mungkin Mummy cuba idea yang diberikan oleh kawan Mummy di Facebook ni.



Sengaja Mummy buatkan status Facebook dan tag beberapa kawan. Kebanyakkannya banyak yang kelu lidah nak berkata dan hanya memberi komen-komen selamat. Mungkin mereka juga tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan sekiranya ini terjadi pada anak mereka sendiri. Ada yang diam, ada yang membuat lawak, ada pulak tidak menjawab langsung apa yang ditanya. 

Perasaan excited tu telah bertukar satu bebanan atau tekanan perasaan. "Ya Allah bagilah kekuatan untuk kami lalui semua ini dengan tenang dan tabah. Semuanya demi El Qashrin Qaisara dalam pembelajarannya. Ya Allah, sememangnya dugaan yang Kau berikan ini adalah sesuatu yang tertanggung olehku dan anakku. Aminnnnn...... " *menitis air mata*

Xoxo
Mummy Akmar