25/01/2013

Niat Untuk Bertudung

Rasanya masih sempat lagi nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog Qashmere. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

Semalam semperna Maulidur Rasul, entah macamana tergerak hati nak beli tudung. Hahaha. Bukan beli beli sahaja. Tapi beli dengan niat nak bertudung. Tak tahu lah kuat ke hati ni nak bertudung sampai bila-bila. Semoga Allah memberi hidayah berterusan pada orang macam Mummy ni nak bertudung sampai bila-bila.

Rasanya macam sudah sampai masanya Mummy nak bertudung. Mungkin penghijrahan ni di buat secara sedikit demi sedikit. Yerlah nak tukar semua tu tak mampu pulak rasanya. Bak kata Ustaz Azhar Idrus "Jangan pakai tudung je tapi TUTUP AURAT"!


Okay untuk permulaan ni. Mummy dah beli koleksi tudung dan selendang Qaseh. Antaranya 2 inner ninja, 4 pashmina, 1 tudung sarung tu. Opahlah orang yang paling gembira sebab Mummy ni nak bertudung sebab dah lama dia dok pesan suruh bertudung sebabkan dosa. Dia siap sponor RM 50 untuk tambahan beli tudung. Qashrin pula, bila Mummy dah bertudung, dia pun mintak juga "mi mana tudung ichin, nak pakai"


Lepas je beli, terus Mummy pakai inner ninja dan lilitkan pashmina. Takde pakai pin apa-apa tu. Saja testing dalam kereta. Hehehe. 

Bila dah berniat nak beli tudung ni, memang kena beli tudung lagi lah nampaknya. Teringin jugak nak beli Bokitta tu. Senang sarungkan je terus. Atau pon mana-mana yang best tu. Aih, dok menengok Youtube je cara nak pasang pashmina yang orang lain dok pakai lilit tu. Mummy ni bukan reti pon sangat. Tadi baru tengok tutorial Hana Tajima pakai pashmina. Hahaha... Adui jangan hangat-hangat tahik ayam dah ler. Huhuhu....Takper-takper menda baik ni kena buat juga. Tak buat tak tahu boleh capai ke tak kan?

Xoxo
Mummy Akmar