22/01/2013

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik PERMATA 1/2013

Hari ini terpaksa balik awal sikit untuk hadirkan diri buat pertama kali ke Mesyuarat Agung PIBP bagi tahun 2013. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengadakan lantikan baru Ahli Jawatankuasa PIBP bagi tahun 2013 dan dihadiri juga Pegawai Paksi dari Jabatan Perdana Menteri. Proses perlantikan ini bertujuan untuk memastikan segala program diatur sepanjang tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan lancar. Seterusnya pula, mesyuarat akan membincangkan takwim serta perancangan program bersama PIBP dan memang WAJIB hadir.

Alhamdullilah, tak disangka!! Mummy dipilih sebagai Naib Presiden (19 Undian). Ahaaaa...Jaga-jaga uolls! Hehehe. Okay demi menjaga nama baik PERMATA beberapa penukaran telah dibuat di posting yang lama. Beberapa isu telah diusulkan. Pada awalnya keadaan agak kelam kabut sedikit kerana sikap dan mentaliti beberapa ibu bapa yang terlalu berada dalam keadaan selesa tetapi banyak perkara yang boleh dibaiki dan perlu pembaikan. Alhamdullilah, dah nampak yang lain cuba menyuarakan pendapat mereka. Apa-apa perbincangan berkenaan PERMATA terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik beberapa pihak. Yerlah...sebagai Naib Presiden (ecewah), beberapa perkara juga perlu diambil kira. Sebab segala perbincangan perlu di buat antara ibu bapa dan pendidik dan setiap permasalahan itu perlulah ada jalan penyelesaian. InsyaAllah.....

Perkara yang Mummy cuba perbetulkan disebalik kebajikan dan kemaslahatan anak ini terjaga mengikut keadaan semasa. Beberapa perkara yang perlu dijalankan agar segala program yang diaturkan untuk tahun ini dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, usaha mendapatkan sponsorship untuk semua aktiviti-aktiviti tahun 2013 yang tidak pernah dilakukan bagi tahun-tahun sebelum ini. InsyaAllah, akan Mummy usahakan bagi menyelesaikan masalah kekangan kewangan apabila acara-acara besar yang dijalankan yang memerlukan banyak peruntukan. Yerlah, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PERMATA yang kurang berkemampuan dan juga ibu-ibu tunggal.


Antara program tahun 2013. Memang menarik....

Satu lampiran tentang perancangan program penglibatan ibu bapa dan komuniti bagi Pusat Anak PERMATA Negara Bercham diberi setiap seorang untuk mendapat kata sepakat cadangan tarikh untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Itu pon hanya dapat dibincangkan sehingga Bulan Mei sahaja. Mana-mana tarikh selepasnya akan dibincangkan pada Mesyuarat ke-dua yang akan datang. InsyaAllah...

Xoxo
Mummy Akmar