28/01/2013

Laksa Telur Goreng Pokok Limau Kuala Kangsar

Lepaih ajer teman memanggang ayam semalam, ater abang teman ngajok ke Kole Kangsor. Apekeheinyer dia nak ngajok kesana? Haaa....dia ngajok sebabnyer ada laksa telor goreng katernyer. Idok pernah teman dengor dan ghaser laksa seumpama gitu. Ater apeke lagi nunggu. Solat zohor dulu teruih le kami semua ke Koler Kangsor. Ikot jalan belakang MCKK nun. Nama jalan idok teman tawu..

Kekekeke....starting bahasa negeri Perak le pulak kan. Yerlah lepas memanggang ayam dan perut pon dah kenyang. Tiba-tiba pulak abang ajak ke Kuala Kangsar dan kami pergi dengan dua buah kereta je. Dari Ipoh kami ke sana ikot highway je. Tapi kedai dia ni kata Opah macam jalannya macam nak mengarah jalan balik ke Ipoh ikot jalan lama. Kami ada jugak lalu di belakang MCKK. Kata Opah, sama ada Kota Lama Kota Baru. eh? Ke Kota Kiri Kota Kanan. Hahah Sebab bukan lalu betul-betul pekan Kuala Kangsor pon. Ya ampun...bebenor tak tahu jalan situ. Ikot je. Last makan laksa kualer pon masa kecik. Selalunya makan pau. Itu pon makan di rumah Atoknya bawak balik.

Okay maleh ler nak ceriter panjang. Moh ler nengok gambor ni. Kot kot ader sesaper nak meraser nikmat laksa kuala yang sepesel pertama kali kami makan ni haaaa..


Nama jalan dan alamat memang tak tahu. Sempat tangkap gambar ni je. Nak mendukung Qashrin lagi. Qashrin buat onar dalam kereta bergaduh dengan Azran dalam kereta. Mulanya naik kereta Pak Andaknya. Balik tukar naik kereta Pak Nek. Azran pulak nak naik kereta dengan Muzaffar geng Ben 10. Aduih dah nak sampai tu pening kepala kejap. Qashrin menolak-nolak sampai duduk bawah. Mungkin sebab dah mengantok sangat tu. Sekarang ni memang dia dah pandai merengek. Sabor jeleeeer kan....
p/s: tu bukan kereta weolls. Hahaha... 

 Inilah Laksa Telur Goreng yang di cakapkan tu. Kuah laksanya pekat di makan dengan laksa kuala buatan sendiri. Memang sedap. Betul tak tipu. Kuah dia cukup balance pedas dan masam. Aduidui. Sedapppnya. Jauh pulak tu....Kekekekeke. Cuma satu je nak komplen. Laksa nya sikit bebenor. Nak extra lebih sikit boleh tak? Hahaha Melampau nya Mummy =p~

Pinggan siapa lah ni? Kering kontang licin abis....Ish Ish

11 pinggan kesemuanya. Sambil menunggu laksa telur goreng ni, kami pon ngap ngap pau ayam, daging dan kacang merah yang sedap. Budak-budak pon suka sampai licin kuahnya. Sebab pedas dia tak pedas berapi memang balance. Adeyh.. Uwaaa nak lagi...... =(

Naik kereta ni aman sikit. Opah kena naik kereta Pak Andak. Mummy dan Qashrin dekat sini. Sebab semua girls. Senang takde pergaduhan atau pertelingkahan. Kalau tak pening lah kepala.

Happy face sebab kenyang. Hehehe......Tengok si Qashrin tu memang tak reti pulak nak duduk diam kalau dengan kaum kerabat dia. Lepas tu perjalanan dah bergerak agak lama. Barulah dia tidur dengan lenanya.

Laksa telor goreng ni pertama kali Mummy makan. Bestnya sebab kuah dia yang pekat. Selalunya pernah jugak makan laksa kualer ni. Kuah nyer ada yang nin cayor atau cair. Tapi yang ini memang marvelous! Kalau ada peluang nak ikot lagi. Sedapnya.....*kecur air liur*

Tak sangka pulak. Saja google pasal Laksa Telur Goreng Pokok Limau. Siap ada Facebook yer. Link nya di SINI. Ater aper lagi komer, kalau nak rasa kepekatan kuah laksa yang lazat di makan dengan telur goreng dadar yang ranggup lembut ni. Moh ler kite ke sini. Nyum nyummm!

Xoxo
Mummy Akmar