03/01/2013

Kim Kardashian Hamil Anak Kanye West Umum Pada Peminat

Kanye West bakal menjadi seorang bapa, beliau telah mengumumkan dalam gaya bersahaja pada malam Ahad di atas pentas tempat beliau membuat persembahan pada malam tersebut. Pengumuman yang dilakukannya di hadapan 5,000 peminat di Atlantic City New Jersey adalah satu kejutan besar.

Hip Hop Superstar berhenti seketika dan berkata "make some noise for my baby mama right there", sebelum menunjjukkan tangannya ke arah Kim Kardashian teman wanitanya dengan berkata "now you having my baby"

Image: via E online

Mereka kini menggelarkan diri mereka "Kimnye". Dikatakan Kim Kardashian masih isteri yang sah kepada Kris Humphries dan masih belum menyelesaikan kes penceraian mereka.

Bagi sesiapa yang mengikuti Keeping Up With The Kardashian pasti ternanti-nanti drama mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran bakal bayi yang akan dilahirkan. Apalah nak jadi dengan keluarga Kardashian ni. Kourtney pun ada anak luar nikah 2 orang hasil dari percintaannya dengan Scott Disick. Sekarang Kim Kardashian pulak mengandung tanpa berkahwin. Tak tahu nak cakap ini adalah suatu perkara yang baik atau buruk. Sudah tentu sangat simpang dari ajaran agama kita. Tapi apa-apa pon, Mummy suka cara Kanye West memberitahu berita tentang kehamilan Kim Kardashian dari nak sorok-sorok.