20/01/2013

Keyword PANAS Hujung Tahun Bulan Disember 2012

Keyword yang PANAS dan MALATOP bulan Disember 2012 ni macam tak sangka pulak. Panas lah sangat....Hihihihi Takde lah panas dan meletop kebaboom pon. Sahaja je tajuk nak kena gempak kan.


Cuma Mummy pelik. Siapa yang dok mencari nama anak I tu? Ini mesti ada lah manusia-manusia yang konon-konon nak amik port sangat tu. Nak amik kisah kalau ada bahan boleh buat isu sensasi. Well, ada weolls takot ke? Tak pon. Sebenarnya Mummy nak ucap terima kasih kerana menjadi pembaca tetap blog ni. Bertambah lah UV I kan orang sama je masuk tiap-tiap hari nak tahu cerita hidup I yang tak seberapa ni. Ramai juga ibu-ibu yang nak tahu pasal susu kegemaran Qashrin ni. Yang "adi nang bercerai" ni memang keyword dah lama semenjak kongsi pendapat Saiful Nang tentang kisah ibu bapanya dan penceraian masa kini. Rasanya Adi Nang ni adik Saiful Nang. Tersangkut pulak dekat blog Mummy pulak. Walau apa pon terima kasih yang sudi membaca. Tanpa anda, tak berjalanlah blog ni. Alhamdullilah, dengan anda semua dapat jugaklah income sikit-sikit dari ber-blogging ni. Terima kasih juga kepada yang kerap menghantar email untuk bertanyakan permasalahan tentang isu penceraian, kekeluargaan dan lain-lain. Mana yang Mummy mampu tolong jawab dari pengalaman sendiri yang dilalui, Mummy jawabkan. Niat di hati nak berkongsi permasalahan mereka, tapi rasa berat pulak bahu ni nak menulis cadangan atau penyelesaian dan paparkan di blog ni. Bukannya apa, Mummy ni bukanlah hebat mana pon nak memberi pandangan penuh tentang masalah berat mereka tu. Siapalah Mummy ni kan?. Tengoklah macamana nanti, draft ada dua dan ada lagi email lain. Tak sempat-sempat juga nak tulis pendapat atau pandangan untuk masalah mereka tu. Mummy lebih suka santai reply sahaja pada mereka dan hinggalah kami ni bersembang tentang hal lain sampai menjadi kawan dalam email yang berjela-jela tu. Selalunya yang menghantar email mesti beri nombor telefon mereka. Nak Mummy call ke camne ni? Hahahaha...Apa-apa pon terima kasih kerana sudi membaca dan email feedback dan juga kata-kata semangat anda semua tu.


Mana datangnya pembaca blog Qashmere ni? Dua-dua statistik ini di ambil untuk bacaan tahun lepas bulan Disember. Semestinya majoriti pembaca datangnya dari Malaysia dan selebihnya dari luar negara. Dari Qatar pon ada 14 kali ni. Siapalah agaknya dari Benua Arab yang memberi sokongan padu kepada blog Qashmere ni kan? Dan yang lain-lain juga. Klik lah banner-banner yang ada dapat juga membantu Mummy dapat earning. Citer pasal earning ni Says.com punya dah boleh cashout dah Yeay! Tapi sikit sangat. Tunggu ratusan barulah dapat rasa income berblogging ni kan. Heeee~ Kadang-kadang tu rasa semaknya pasal iPhone 5 ni. Nak keluarkan pasal iPhone 5 Gadget Impian ni sesak dah dalam layout blog Qashmere ni. Kiri Kanan Header Footer semua ada pasal Gadget Impian ramai tu. Menang nya tak jugakkan tenggelam teruk. Hahaha....Adui. Belom pakar lah ni. Tapi dah nampak dah siapa pemenang telefon pintar tu. Tahniah awal-awal Mummy ucapkan. Untuk penerima hadiah 1st Giveaway nanti Mummy umumkan yer. Don't worry semua akan dapat hadiah .Tunggukan posting akan datang sebabnya masa tidak menyebelahi nak memilih siapa dapat hadiah yang mana. Busy sangat-sangat!. Sempat update pun mana yang penting je, nanti ketinggalan pulak cerita tu ataupon terus lupa. Sabar yer kengkawan blogger. Hehehe

Salam hujung minggu buat semua. Doakan Qashrin cepat keluar Hospital! Amin.....

Xoxo,
Mummy