05/01/2013

Jadi Party Planner Hari Jadi Pertama Tema Ben 10

Alhamdullilah, dapat juga membuat tugasan yang diberikan oleh abang sendiri. Walaupun notis yang diberikan agak pendek. Mummy diberitahu pada hari Selasa dan majlis akan diadakan pada Sabtu di Royal Ipoh Club. Memang masa yang pendek untuk prepare barang-barang yang diperlukan.

Disebabkan minat dan juga untuk mengisi masa lapang. Mummy cuba berikan yang terbaik. Dalam tempoh 4 hari, dapat juga cari printables banner, party poppers, food taggings, tempahan kek dan lain-lain. Abang nak yang simple dan tidak serabut dan bertemakan kartun Ben 10.

Gambar ini dari camera Blackberry Torch Mummy. Joom tengok gambar:


Banner Farith Is One

 View dari kiri..sebelum cake datang

 Marshmewllow, Choki-choki dan Nini. Candy lain semuanya warna-warna pink. Jenuh juga nak cari yang mengikut warna tema hijau dan kuning.

Abang Ben 10 ni nak lari ke mana ni? Hehehe 

 Favors for the kids: Stationery set and sticker. Kalau siapa-siapa nak order untuk Birthday party boleh PM Mummy dengan harga istimewa. 

 Food tagging: Fried Beehoon, Fried Mee, Inchicabin, Tuna & Egg sandwich, pastry curry puff, pepperoni pizza & haiwaiian chicken pizza.

 Fresh creme cake gambar Ben 10

 Qashrin posing dulu

 The kids nak tunggu Birthday Boy potong cake.

 View dari kanan, party hat, mask and party blower.

Mummy yang dah tembam and Qashrin yang dah kurus. Hahaha

Alhamdullilah. Abang dan ipar pun suka. Semua orang suka dan happy dan kekenyangan. Lebih dari 30 orang yang datang. Penuh semua meja-meja. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz. 


Kalau sesiapa berminat untuk buat birthday party dengan tema dan perlukan party planner di Ipoh dan Perak, boleh email Mummy di nzakmar.at@gmail.com untuk quotation mengikut budget anda. Heeeee~

Xoxo,
Mummy Akmar